Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Neelofa Kongsikan Tip Bagaimana Drama Suri Hati Mr Pilot Membantu Mempromosikan Perniagaannya

No Comment

Siapa tidak kenal heroin yang popular dengan drama bersiri Suri Hati Mr Pilot, gadis jelita, Neelofa yang tampak mempersonakan dengan pembawaan watak sebagai Warda dalam drama tersebut, serta imej yang ayu.

Namun siapa sangka, di sebalik kejayaan Suri Hati Mr Pilot, Neelofa turut berjaya memikat peminat menerusi penggayaan tudungnya yang diserikan oleh watak Warda dalam drama tersebut.

Disebabkan itu, Naelofar mendapat permintaan yang tinggi dari peminat Warda dan melonjakkan penjualannya. Admin ingin kongsikan pesanan dari Neelofa sendiri, bagi mereka yang baru berjinak dalam perniagaan. Mari kita lihat perkongsian dari saudari Rosfazila Ramli akan kejayaan Neelofa.


Perkongsian Kejayaan Neelofa.

Neelofar dilahirkan dalam keluarga yang memang mempunyai DNA berniaga. Dari nenek moyang dan ibunya memang minat berniaga.

Beliau biasa membantu ibunya berniaga. Malah neelofa pun mencuba bermacam-macam perniagaan seperti perniagaan kasut, jubah neelofa dan contact lens sebelum meletop dengan tudung instant shawl.

- Menubuhkan Neelofar pada tahun 2014

- Menjalankan perniagaan 100% online pada masa itu.

- Permulaan jualan, beliau hanya membuat 200 helai sahaja.

- Selepas mendapat sambutan, barulah mereka mula membuat jualan di bazar-bazar dan di expo-expo.

- Beliau mempunyai 800 agen yang berdaftar tetapi hanya 400 sahaja yang aktif. Sekrg telah membuat sistem yang lebih ketat untuk mencari agen yang berkualiti.

- Apabila bertekad membuat biz beliau mahu fokus dan langsung tidak berlakon selama 3 tahun. Hanya memenuhi jemputan pengacaraan sahaja.

- Beliau menggunakan Bahasa Inggeris di website sehingga dapat jualan dari 37 buah negara. Jualan dari luar negara pada tahun lepas ialah 6 juta.

- Jualan dalam negara pada tahun lepas 50 juta.

- Hanya menjual 2 jenis hijab iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab.

- Selepas 3 tahun tidak berlakon, beliau rasa perlu kembali membuat marketing melalui lakonan. Jadi beliau berjumpa Micheal Ang.

- Kebetulan Micheal Ang kata ada 1 naskah dan setuju Neelofa jadi heroin drama tersebut iaitu Suri Hati Mr Pilot.

- Selepas tahu sinopsis drama tersebut, beliau balik ke pejabat dan memanggil designer untuk mereka 3 jenis tudung yang mewakili
a) Warda semasa bujang
b)Warda selepas berkahwin
c) Warda selepas dapat anak.

- Ternyata percaturan beliau berjaya apabila jualan tudung warda meletop-letop sepanjang cerita Suri Hati Mr Pilot.

Pesanan beliau kepada yang baru nak menceburi dunia bisnes

a) Mesti tahu brand identiti yang ingin ditonjolkan. Logo, warna (beliau menetapkan tudung neelofar hanya menggunakan warna-warna pastel) cara copywriting (tentukan corak bahasa dari Day 1)

b) Kena tahu siapa target market produk kita. 

c) Pastikan produk kita berkualiti. Invest dalam photoshoot. Gambar mesti cantik.

d) Gunakan pemasaran yang murah. Beliau mulakan dengan low cost marketing. Hanya di FB dan instagram.

e) Pos banyak kali dalam sehari. Guna gambar yang berbeza-beza.

f) Bagi detail bagi setiap collection

g) Feed info yang valuable kepada pelanggan

h) Membuat marketing dengan cara yang berbeza (terlalu banyak org buat tutorial, video dan sebagainya- tahun ini beliau buat marketing untuk koleksi hari raya secara drama ringkas bersiri) Mesti kreatif!

i) Manfaatkan sepenuhnya media sosial.

Banyak input yang diperolehi daripada perkongsian Neelofa. Beliau memang berusaha keras untuk menjadikan bisnesnya seperti hari ini. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli