Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Murat Terima Pingat Penghargaan 'Jasamu Dikenang' Selepas Berjaya Jejaki Penjenayah Paling Dikehendaki


JOHOR BAHRU: Seekor anjing German Shepherd yang dikenali dengan panggilan Murat telah menerima penghargaan daripada pihak Polis Johor.

Anugerah ini dikalungkan kepada Murat di atas kejayaannya mengesan ahli kumpulan Geng Kapak yang melarikan diri ke dalam kawasan belukar hingga tertangkap dua penjenayah paling dikehendaki itu pada 16 November lalu.

Foto: Bernama

Murat, 8, bersama pelatihnya, Lans Koperal Hardin Anak Ng Kang dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menerima penghargaan tersebut daripada Ketua Polis Johor, Dato' Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Menurut Hardin, dia tidak menyangka usaha Murat membantu mengesan penjenayah dari Geng Kapak membolehkan anjing dilatihnya itu mendapat pengiktirafan sebegini.

Foto: Bernama

Bahkan, katanya, ia bukan kali pertama anjing berkenaan membantu mengesan penjenayah tetapi sudah berjaya mengesan beberapa suspek lain sebelum ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli