Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Mungkin Bila Rakyat Sudah Beratap Langit, Berlantai Tanah Baru Dianggap Miskin." - Cikgu Emmet


Sejak beberapa hari ini, harga minyak petrol dan minyak masak menjadi bualan harian rakyat Malaysia, ramai terasa bebannya disebalik keadaan ekonomi yang sedikit terjejas.

Namun, itulah hakikat yang kita perlu harungi dengan jalan yang kita telah pilih, jika golongan berpendapatan sederhana pun terasakan bebannya, inikan pula mereka yang berpendapatan rendah atau mereka yang dikategorikan miskin.

Terasa akan semua ini Cikgu Emmet telah tampil menulis, beliau dilihat menempelak sikap segelintir rakyat Malaysia yang suka membandingkan keperluan harian yang digunapakai oleh seluruh rakyat Malaysia dengan barang kehendak yang digunapakai oleh segelintir rakyat.

Mungkin bila sudah beratap langit berlantai tanah baru dianggap MISKIN.

Beberapa hari ini ramai rakyat merungut akibat kenaikan minyak petrol dan minyak masak yang amat ketara tingginya. Seperti biasa kita akan mendengar pandangan klise bahawa...walaupun harga minyak naik...KLCC penuh juga... Lebuhraya sesak juga setiap kali cuti..pusat pusat peranginan penuh dengan pelancong tempatan. Mana miskinnya rakyat? Beli iphone mampu..beli tiket bola sanggup.


Salah satu klise yang dimaksudkan

Itulah antara kata kata yang kita dengar disebalik tabir kata kata rungutan rakyat akibat kepayahan hidup. Saya tak pasti kata kata itu adalah lahir dari hati atau sekadar sindiran sakarstik.

Sebenarnya bukan ramainya pengunjung di KLCC, ramainya pembeli iphone, penuhnya stadium jadi ukuran, 30 juta rakyat...bukan semua ke KLCC.. cuba lihat dari mata burung. Rasalah keadaan mereka yang hidup di kampung kampung.

Perasaan seorang cashier memberi resit harga coklat GODIVA + GST kepada pelanggan berstatus datin tidak sama dengan perasaan seorang cashier yang melihat seorang ibu meminta anaknya meletakkan gula gula mentos dirak apabila jumlah bayaran melebihi bajet didompet.

Perasaan seorang pemandu kereta untuk CEO ketika membayar ratusan ringgit nilai minyak Ron97 ditangki Mercedes tidak sama dengan perasaan seorang pakcik bekerja buruh yang menghitung syiling demi syiling mencukupkan jumlah untuk mengisi tangki karat kapcai sebelum menuju ke tempat kerja.

Perasaan seorang ibu yang mewah membekalkan bento beraneka juadah untuk anak makan disekolah tidak sama dengan anak anak orang miskin yang berbaris di pili untuk minum selepas wang belanja dihabiskan untuk makan nasi goreng kosong atau sebatang sosej.

Cuba jadi orang orang desa...

Cuba rasai orang orang marhaen

Cuba bayangkan tidur mereka adakah selena kita

Cuba fikirkan makanan tengahari mereka adakah sesedap jamahan kita

Cukuplah dengan perbandingan perbandingan bodoh yang keluar dari mulut mulut menteri

Jangan ditambah hiris luka hati marhaen

Takkan nak tunggu saat rakyat merempat, hidup melarat, mengemis dijalanan...hidup gelandangan, tidur beratap langit...berlantai tanah..baru nak sedar...

OH MISKINNYA KAMI...

Dari tinta peranti
Cikgu Emmet Fayzal

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli