Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menteri Cadang Wujud MRSM Berbayar Kerana Banyak Permintaan Dari Ibu Bapa Berpendapatan Tinggi



PUTRAJAYA, 28 Nov - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah memberi cadangan kepada MARA supaya menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.

Menurut beliau, ini kerana banyak permintaan dari ibu bapa yang berpendapatan tinggi yang mana anak mereka cemerlang dalam UPSR dan mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.

Permohonan kemasukan ke MRSM kini memberi keutamaan kepada pelajar dari keluarga berpendatan rendah terutama dari luar bandar.

"Oleh itu saya lontarkan idea untuk mewujudkan MRSM berbayar kepada Majlis Amanah Rakyat untuk dikaji. MRSM ini akan diwujudkan di Lembah Klang dan mungkin mengenakan yuran yang sedikit rendah berbanding sekolah swasta atau sekolah antarabangsa.

"Namun kadar yuran MRSM berbayar akan bergantung kepada kos. Sekarang ia masih di peringkat terlalu awal untuk berbincang mengenai yurannya," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Ismail Sabri juga berkata, pelajar dari golongan isu rumah berpendapatan 40% terendah (B40) dan miskin bandar akan diberi keutamaan untuk masuk ke MRSM mulai tahun depan.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. Rasanya kalau dah berpendapatan tinggi better masuk international school.. Confirm global standard

    http://www.fatindays.com

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli