Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mencari Ruangan Pejabat Yang Bersesuaian Untuk Memulakan Perniagaan; SOFO, SOVO Dan Business Suite Ini Boleh Dijadikan Pilihan Yang Ideal

No Comment

Terdapat banyak pilihan pejabat pada masa kini yang boleh dijadikan sebagai pejabat pertama, mengikut kemampuan dan kesesuaian kehendak diri. Mungkin anda menginginkan pejabat yang hanya boleh menempatkan beberapa orang pekerja sahaja, atau mungkin anda teringin mempunyai keluasan pejabat yang besar.

Ruangan pejabat tersebut mempunyai kelainan mereka yang tersendiri, dari segi keluasan, mahu pun rekaan dalamannya. Anda selalu terlihat akan kawasan pembinaan yang baharu, dan tertulis, SOVO, atau SOFO, dan ianya ternyata memberi kekeliruan sedikit akan maksud sebenar singkatan tersebut.

Admin ingin kongsikan kepada anda, apakah yang dimaksudkan dengan SOVO, SOFO dan business suite, mengenai perbezaan juga kegunaan yang bersesuain dengan ruangan pejabat ini, serta apa yang boleh anda dapat dengan ruangan pejabat ini. Jom kita lihat, perkongsian dari saudari Ainal Maryam ini.


SIRI ISTILAH HARTANAH : SOVO / SOFO / BUSINESS SUITE

Mungkin ramai diluar sana masih confused dengan jargon jargon hartanah. Harini Kanal akan memberi serba sedikit pencerahan tentang SOVO / SOFO / BUSSINESS SUITE.

1. SOVO / SOFO / BUSINESS SUITE

SOVO: Small Office Versatile Office
SOFO: Small Office Flexible Office
BUSINESS SUITE : Just a terminology, office jugak....

2. Status 

Commercial, Non HDA.

3. Maintenance fee

Yes

4. Apa itu SOVO / SOFO / BUSINESS SUITE?

Okay, anda tidak faham concept commercial development ini? Tidak mengapa. Kanal believe ramai je yang tak faham. Basically, mereka mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.

Mereka mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan SERVICED RESIDENCE cuma mereka ni bertujuan untuk commercial. Jom terus baca untuk memahami dengan lebih lanjut.


5. Apakah perbezaan SOVO dengan Office building?

Office building mempunyai Build Up Area yang sangat luas (selalunya satu tingkat untuk satu unit atau dua unit) and normally occupied oleh Syarikat-Syarikat Korporat / Kerajaan / Semi Gov yang mempunyai pekerja yang ramai

SOVO on the other hand, mempunyai Build Up Area yang lebih KECIL berbanding office building. Sesuai untuk small to medium size company.

6. Siapa?

Ramai yang tanya tentang potensi SOVO. Siapa yang bakal mengisi unit-unit development ini? Contoh:

Jenis perniagaan: 
🔹Companies that offer consultations
🔹Companies that offer service
🔹IT companies
🔹Training center
🔹 Research center
🔹Call center
🔹 Photography Studio
🔹 Online businesses
🔹 Operasi untuk online stokis

Seperti:
🔹Legal firm
🔹Architecture firm
🔹ID Firm
🔹Travel Agencies
🔹Creative Agencies (Mini production companies)
🔹Event management companies
🔹Photography Studio
🔹Wedding organiser
🔹Magazine / online lifestyle web office
🔹Online business
🔹Office for set up businesses
🔹Training Center (sewa ruang untuk training/talk)
🔹Persatuan / Association

Haaa.. kan banyak tu.

7. Inspirasi di sebalik SOVO / SOFO / BUSINESS SUITE

Mampu Milik

Basically, the idea behind of concept development adalah membolehkan small to medium companies untuk memiliki sebuah office dengan harga yang 'mampu milik' / 'berpatutan'. Just imagine, syarikat kecil atau 'start up' yang berhasrat untuk memiliki pejabat atau ruang kerja tetapi mempunyai budget yang limited untuk membeli atau menyewa ruang kerja. Harga shop lot conventional pada masa kini boleh mencecah jutaan ringgit dan sewaan juga melebihi budget bulanan syarikat. 

Tambahan pula, these small to medium sized companies tidak memerlukan ruang yang begitu besar untuk occupy sesebuah commercial shoplot. Pekerja pun dua tiga orang je... Jadi, SOVO sangat lah sesuai untuk mereka.

Size

Size SOVO di Malaysia boleh didapati dari 400sf, sesuai untuk Small size operator dengan harga yang bermula dari RM 300k plus selepas rebate. Repayment pun dalam sekitar RM 1,500 - RM 2,000 (bergantung pada LTV)*. Buat apa nak menyewa jika repayment pun lebih kurang harga sewa?

*hanyalah anggaran

Lifestyle & Facility

Pengguna kini sangat arif dengan 'Branding' dan 'association with lifestyle'. SOVO dan SOFO menawarkan sesebuah working lifestyle buat urbanite. Kenapa? Development jenis ini menawarkan facilities dan security seperti sesebuah Service Residence. Antara Facility typical yang terdapat adalah swimming pool, gym, lounge, business lounge, multipurpose hall dan lain-lain.

These facilities mempromosi gaya hidup seimbang untuk pekerja-pekerja di bangunan tersebut. Contohnya, seseorang itu boleh datang awal untuk ke gym dahulu sebelum masuk kerja. Ataupun terus ke gym atau swimming pool di selepas bekerja.


Commercial Activities

Selalunya, development jenis ini mempunyai kemudahan seperti Bank, café hipster, 7e, laundry dan sebagainya. Ini memudahkan pengguna. Company diatas pun senang nak entertain clients.

Trend & Migrasi Jenis Office

Migration dari conventional shoplot kepada urban office. SOVO / SOFO / Business Suite merupakan ideology migration dari conventional shop lot kepada sesebuah bangunan. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak start up companies dan juga company - company kecil yang memerlukan ruang yang sesuai untuk size syarikat mereka. SOVO / SOFO & Business suites juga menawarkan pemandangan yang lebih menarik berbanding shop lot.



Security

Development concept ini menawarkan keselamatan yang lebih tinggi berbanding shop lot. Pekerjaan yang memerlukan pekerja pulang lewat malam, sangatlah sesuai untuk mendiami development jenis ini kerana development ini mempunyai ciri keselamatan yang bagus seperi CCTV, card access dan security guard. Orang awam tidak boleh mengakses bangunan ini sewenang-wenangnya berbanding shop lot.

Corporate Address

Salah satu lagi kelebihan mendiami SOVO adalah 'alamat' business kita. Walaupun anda merupakan sebuah syarikat yang kecil, namun anda mempunyai alamat syarikat yang professional.

Initial Cost for Investors

Kebiasaanya, developer akan menyediakan unit itu kosong (bare units) dan ada juga developer menyediakan partition. Developer kebiasaanya memasang basic fitting seperti aircond. Kelebihannya disini adalah, investors tidak perlu mengeluarkan initial cost yang banyak untuk furnish unit tersebut berbanding untuk furnish sesebuah service residence. Investors either boleh tinggalkan kosong bagi tenant furnish sendiri ataupun hanya sediakan meja & kerusi pejabat.

Kesimpulannya, Tak kenal maka tak cinta. Setelah kita memahami perkara di atas, ada diantara kita yang bercita-cita untuk menjadi usahawan. Mungkin dua tiga atau lima tahun akan datang anda ingin mempunyai peemis sendiri. Adalah bijak untuk kita mengatur langkah dengan memiliki hartanah jenis ini yang masih affordable, lebih- lebih lagi under construction. - Siakap Keli

BACA: Buntu Untuk Mencari Rumah Sewa Yang Betul, Pemuda Ini Ada Panduan Untuk Dijadikan Rujukan



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli