Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Melihat Perilaku Lelaki Warga Asing Tersebut, Telah Membuka Mata Individu Ini Dalam Berikrar Untuk Berubah

No Comment

Setiap insan tidak lari dari membuat silap, mungkin dalam sedar atau tidak. Kebanyakan kesilapan yang dilakukan, adalah tanpa kita sedar, kerana ianya mungkin disebabkan sudah menjadi rutin harian dalam kehidupan.

Namun begitu, sampai bila agaknya, kita ingin hidup dengan melakukan kesalahan yang sama, sedang ada petunjuk di depan mata yang secara tidak langsung memberitahu akan kesilapan yang kita lakukan. Mungkinkah, petanda itu menjadi titik permulaan untuk kita berubah?

Detik ini, berlaku kepada saudara Khairul Abdullah, di mana hanya dari perilaku warga asing yang dia sendiri tidak mengenalinya, telah membuat dia tersedar akan sikap lalainya selama ini. Mari kita lihat perkongsiannya, akan bagaimana segalanya bermula.


Saya perhati sahaja brader tu. Paip air dibuka kecil dan usai titisan perlahan air mula mengalir cepat-cepat ditadah airnya dengan sebelah tangan sahaja kemudian bila mulai penuh maka ditutup kembali paip tersebut.

Dengan air tadahan cekupan sebelah tangan tadi beliau membasuh kedua tangannya dan diulang lagi. Kemudian mukanya pula, diulang lagi seterusnya lengannya pula.

Begitulah seterusnya sehingga selesai wudhunya.
Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki berbangsa asing ketika mengambil wudhu di sebuah masjid yang agak mewah dan senibina yang indah serta deretan kereta yang juga cantik dan mewah.

Lelaki itu melakukan semuanya dengan cukup tertib. Tidak langsung beliau cuba membazir walau setitik air ketika berwudhu. Masya Allah.

Dikala ada tempat yang tiada air, ramai juga yang bermewah-mewah dengan air, berwudhu seperti mahu mandi dengan paip dibuka sekuat dan sederas yang mungkin sampaikan airnya terpercik-percik kepada orang sebelah.

Lelaki ini pula dengan tenang berwudhu tanpa membazir. Saya terpukul ketika menyaksikannya.

Saya ingat saya sudah cukup berjimat dengan bukaan air paip yang paling kecil, rupanya ada orang lagi berjimat dengan menutup air setiap kali melaksanakan rukun wudhu agar air tidak terus mengalir dan terbazir. Masya Allah.

Saya yakin air yang digunakan oleh brader tersebut tak sampai segayung kecil pun atau hanya memenuhi saiz segelas jus tembikai di kedai tomyam. Inilah jenis manusia dan hamba Allah yang tahu menghargai dan mensyukuri nikmat tuhan serta mengamalkan ajaran Islam sebaik yang mungkin.

Kita bagaimana?

Adakah kita menghargai dan mensyukuri nikmatnya? Kenapa kita bermewah-mewah dengan nikmat air yang diberikan sehingga tanpa sedar kita melakukan pembaziran.

Terlalu banyak bentuk pembaziran lain yang kita lakukan di dalam kehidupan kita seharian dan membazir air melalui wudhu adalah salah satunya.

Ini adalah antara sebahagian sikap-sikap yang telah sebati dan menjadi budaya di dalam masyarakat yang pernah saya tulis dan kupas di dalam buku saya "Mentaliti Jamban".

Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada diri saya dan kita semua agar lebih menghargai sumber dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.

Jika anda juga seorang yang berwudhu dengan air yang sangat banyak, maka belajarlah untuk kurangkan. Buka paip dengan kecil dan perlahan cukuplah. Usahlah kita terus membazir dan mengikut amalan syaitan.

Nauzubillahiminzalik.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli