Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

MBSA Nafi Terima Arahan Tarik Balik Laporan Polis



SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan semalam menafikan pihaknya diarahkan menarik balik laporan polis berhubung kekasaran yang dilakukan sepasang suami isteri terhadap anggota penguatkuasanya yang bertugas di Bukit Rahman Putra Sungai Buloh semalam.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad.

"Setakat ini, tiada makluman sedemikian yang dikeluarkan kepada MBSA,"katanya.

Sejak semalam, tersebar satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa kononnya MBSA atas arahan kerajaan negeri diminta mengarahkan anggota penguatkuasanya menarik balik laporan polis yang dibuat dan sebagai kakitangan kerajaan negeri, mereka wajib mematuhi arahan itu atau tindakan tatatertib dikenakan.

Kenyataan palsu itu turut mendakwa insiden tersebut hanya salah faham kerana pasangan itu menyangka pakaian seragam yang dipakai anggota penguatkuasa yang terlibat adalah uniform sekolah.

Dalam perkembangan terkini, pasangan suami isteri terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara selama 14 hari, lapor Astro Awani.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli