Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mayat Remaja Lelaki Dikerat Ditemukan, Kepala Ditanam



Tangkak, 6 Nov: Mayat seorang remaja lelaki ditemukan dalam keadaan dikerat beberapa bahagian, dibungkus dalam lima beg plastik dan disorok dalam saluran longkang di tepi parkir sebuah rumah di Kampung Kesang Laut di sini hari ini.

Menurut Harian Metro, polis kini masih menyiasat motif pembunuhan dan mangsa dikatakan bukan penduduk kampung tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Idris Samsuri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 petang oleh pemilik rumah yang menemui pergelangan kaki.

Sepasukan polis kemudian dikejarkan ke lokasi.

"Hasil siasatan awal, kami menemui lima bungkusan plastik yang disumbat dalam dalam saluran longkang di tepi rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, polis yang menggeledah rumah dan kawasan sekitar kemudian menemui kepala mangsa yang ditanam berhampiran rumah itu.

"Kami percaya mangsa, seorang remaja lelaki dibunuh di tempat lain dan berdasarkan keadaan anggota badan, mungkin kejadian berlaku lebih tiga hari lalu," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, tidak sampai sejam selepas menerima laporan kejadian itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, BH Online melaporkan mangsa dipercayai seorang lelaki di bawah 20 tahun.

Sumber: Harian Metro, BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli