Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mayat Kanak-Kanak Mangsa Dera Ditemui Dalam Tong

Tong di mana mayat kanak-kanak mangsa dera ditemui

SUNGAI PETANI - Aduan diterima Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di sebuah rumah di Flat Paya Nahu dekat sini, awal pagi tadi, membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, mayat kanak-kanak malang itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong yang berada di dalam bilik di rumah terbabit.

"Polis menerima aduan menerusi panggilan telefon pada 1.25 pagi tadi memaklumkan mengenai berlakunya pergaduhan di flat berkenaan dan tiba di lokasi, seorang wanita mendakwa anak perempuannya berusia empat tahun dipukul teman lelakinya.

"Kanak-kanak perempuan terbabit yang mengalami cedera parah, dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya, ibu mangsa turut memaklumkan bahawa seorang lagi anak lelakinya berusia dua tahun turut dipukul sehingga mati oleh individu sama dan meninggal dunia sejak 9 November lalu

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli