Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mayat Budak 2 Tahun Ditemui Dalam Tong Ikan, Dipercayai Maut Didera Oleh Teman Lelaki Ibu Dan Ibunya Sendiri


Kemaskini: Polis Nafi Mayat Kanak-Kanak Mangsa Dera Diawet

Sungai Petani: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah ditemui diawet dalam sebuah tong ikan selepas dipercayai selepas meninggal akibat didera oleh ibu dan teman lelaki ibunya sendiri di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, awal pagi ini, lapor Harian Metro.

Manakala kakak kepada kanak-kanak berkenaan yang berumur 4 tahun kini kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital akibat turut didera.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat awal kejadian pergaduhan di sebuah rumah di flat terbabit, jam 1.25 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota polis tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 2 pagi dan menemui seorang wanita berusia 26 tahun mengatakan anak perempuannya berusia empat tahun dipukul oleh teman lelaki dan mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan.

 "Wanita terbabit kemudian memberitahu anak lelakinya berusia dua tahun dipukul hingga mati oleh teman lelakinya itu dan disimpan dalam satu tong di dalam bilik.

 "Hasil pemeriksaan oleh anggota polis menemui mayat budak lelaki di dalam tong dalam keadaan dibalut dengan (tilam) toto, kain batik dan pita perekat," katanya di sini.


Hasil siasatan awal pihak polis telah menahan suspek lelaki berusia 34 tahun itu serta ibu mangsa di Blok A14 flat berkenaan jam 6 pagi tadi dan kedua-duanya didapati positif dadah amphetamine.

 "Siasatan awal polis mendapati ibu kandung mangsa dan teman lelakinya mendera si mati dan wanita itu memberitahu anaknya meninggal dunia pada 9 November lalu. 

"Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli