Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Masyarakat Sudah Bosan Dengan Kumpulan Bersih - PM Najib



LIMA (Peru): Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak berkata berliau melihat masyarakat Malaysia sudah bosan dengan kumpulan Bersih atau merasakan tindak-tanduk perhimpuan yang dipromosikan oleh kumpulan terbabit tidak memberi faedah kepada negara.

Ketika diminta mengulas tentang perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu, Najib berkata tindakan untuk menumbangkan kerajaan cara sedemikian adalah tidak sah dari segi perlembagaan dan undang-undang.

"Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang. Kalau tidak, negara kita jadi negara huru hara, rakyat yang menderita," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Mengulas tentang kehadiran Tun Mahathir dalam perhimpunan itu pula, Najib berkata ia menunjukkan Dr Mahathir akan melakukan perkara-perkara yang berbeza dengan apa yang dilakukannya ketika menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga berkata apa yang disuarakan oleh Dr Mahathir mengenai kedudukan ekonomi negara adalah cakap-cakap politik tanpa disokong oleh fakta serta agensi penarafan dan badan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Dunia (IMF) atau Bank Dunia.

"Jika kita ada krisis ekonomi sudah tentu agensi penarafan akan turunkan rating.

"IMF dan Bank Dunia akan tegur dan bincang langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan," kata Najib.

Beliau menegaskan tiada tindakan oleh agensi antarabangsa itu membuktikan urus tadbir negara berjalan dengan baik.

"Tiada sebab mengapa kita rasa cemas," katanya.

Najib menegaskan bahawa kerajaan akan terus fokus kepada pentadbiran bagi memastikan setiap program yang dirancang sampai kepada rakyat.

Sumber: Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli