Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lin Dan Akui Curang Ketika Isteri Hamil, Minta Maaf di Laman Media Sosial

No Comment

BEIJING: Bintang badminton China, Lin Dan, membuat kejutan apabila mengakui mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain ketika isterinya hamil.

Sebelum pengakuan itu dibuat, beberapa keping gambar dan klip video mesra Lin Dan bersama seorang wanita dimuat naik di Weibo hari ini.

Sebuah klip video menunjukkan mereka berpelukan di dalam bilik sebuah hotel.

Gambar dan video itu dimuat naik oleh pengguna Weibo bernama 'Detective Zhao', yang terkenal dengan gosip selebriti.


Zhao mendakwa rakaman itu diambil pada Oktober lalu.

Isteri Lin Dan, Xie Xingfang, yang merupakan bekas bintang badminton melahirkan bayi lelaki sulung mereka di Beijing pada 5 November lalu hasil dari perkahwinan mereka sejak 2012.

Wanita dalam gambar berkenaan dikenal pasti adalah Zhao Yaqi, seorang model dan artis di China.

Sedar dengan penyebaran rakaman tersebut, Lin Dan dengan segera meminta maaf dalam laman media Weibo dengan berkata: "Sebagai seorang lelaki, saya tidak mahu memberikan sebarang alasan tetapi tindakan saya sudah melukakan hati keluarga saya.

"Saya memohon maaf kepada mereka semua di sini."

Lin Dan adalah juara dunia lima kali, selain pemenang pingat emas Sukan Olimpik sebanyak dua kali.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli