Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki ini Kongsi Tips Turunkan Berat Badan Sebanyak 18.5KG Dalam Masa Enam Minggu Tanpa Perlu Berlapar

No Comment
Syamierul

Ramai beranggapan berlapar adalah cara yang paling cepat untuk turunkan berat badan. Namun menurut satu kajian yang dijalankan baru-baru ini, berlapar bukanlah satu cara yang paling efektif untuk turunkan berat badan, malah ia mungkin boleh menyebabkan gangguan kesihatan dan ada juga golongan yang mengamalkan cara ini menjadi obesiti pada tahun yang mendatang.

Jadi apa cara terbaik untuk turunkan badan?

Proses penurunan berat badan perlu dilakukan dengan cara yang betul, teratur dan tanpa menyebabkan diri terseksa, seperti yang dilakukan oleh saudara Muhammad Syamierul ini.

Syamierul berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18.5KG dalam masa enam minggu tanpa perlu berlapar.



Menurutnya, kunci kepada kejayaannya adalah menjaga pemakanan, senaman dan program latihan dari pelatih yang bertauliah. Ikuti perkongsian dari Syamierul ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Disini saya ingin kongsi macam mana saya boleh turun berat sebanyak 18.5 KG (97.1kg kepaada 78.6kg) dalam masa 6 minggu tanpa berlapar.


PERMAKANAN

LAUK IKAN dan AYAM. Ayam saya makan bahagian dada kerana ia tinggi protien dan rendah kalori. Saya elak makan kulit ayam dan organ dalam ayam. Ikan saya amalkan kerana tinggi protien.. saya elak makan daging kerana ia lambat hadam dan melambatkan proses penurunan berat badan. Saya akan makan pagi dan tengah hari dengan kuantiti yang sesuai.

NASI - nasi saya makan dengan kuantiti segengam nasi. Nasi mempunyai kanji. Ia melambatkan proses penurunan. Nasi boleh dimakan ketika diet tp jaga kuantiti.

KUEW TIAW @ MEE @ BIHUN - Untuk proses penurunan adalah lebih baik makan BIHUN. Mee dan kuew tiaw kurang sesuai..

SAYURAN - Wajib ada. Makan sayuran yang sesuai utk diet ( cari kat google ). Biasa malam saya akan makan sup sayur + ayam rebus. Makan selewat - lewat 4 jam sebelum tido.

CARA MASAKAN - Rebus, sup atau bakar. Kurangkan masakan bersantan seperti gulai, kari dan goreng. Seminggu hanya 2 atau 3 kali saya makan makanan bergoreng dan bersantan.

AIR - Saya lebihkan air masak @ r.o @ tapis kerana kandungan garam rendah dan mempercepatkan proses pengeluaran peluh.. manakala air mineral sy kurangkan kerana kandungan garam tinggi dan ianya melambatkan proses pengeluaran peluh. Air Lemon, Sunquick, Limau, Epal Hijau, Nescafe dan Kopi kurang manis saya juga minum.. air selain daripada ini saya kurangkan. 

Air masak @ r.o @ tapis, saya minum setakat mampu sahaja.. tidak memaksa diri utk cukupkan 3 liter sehari.

BUAH BUAHAN - kebiasaan saya amal makan epal hijau, jambu batu, nanas.

KEKACANG - kekacang seperti kacang tanah dan kuaci saya makan ketika rehat dan lepak2. Rasa nak mengunyah.

SEMASA MAKAN - saya minum dengan air panas ketika makan. Biasa saya minum kopi panas kurang manis dan kalau boleh minum selepas makan. Semasa rehat, lepak - lepak saya minum air sejuk @ berais. 

SENAMAN

Dalam masa seminggu, saya akan 1 - 4 kali senaman kardio seperti joging dan senaman ringkas.. tempoh sekitar 15 minit - 2 jam. Bergantung pada waktu terluang.


PRODUK

Produk boleh dimakan tapi cari produk yang mempunyai kandungan yang selamat di makan dan tidak punyai kesan sampingan. Produk ianya berfungsi mempercepatkan proses penurunan berat badan. Jika ingin penurunan yang baik, perlu kawal permakanan dan sedikit senaman, jika harapkan produk saja, mungkin penurunan akan berlaku, tapi mengambil masa yang agak panjang. Saya syorkan anda mencuba produk f2f fat destroyer. Selamat dan berkesan.


PROGRAM

Bagi saya menyertai program seperti F2F BODY MAKEOVER yang diadakan seluruh malaysia dan program - program seumpamanya adalah PENTING kerana ia menyediakan menyediakan :-

- jurulatih yang berpengalaman dan bertauliah
- mengajar cara senaman dan permakanan yang betul.
- membuat aktiviti berkumpulan bersama dengan mereka yang positif dan mempunyai matlamat yang sama.
- mempunyai group whatsapp dalam menyalurkan info-info bermakanan dan cara diet yang betul.
- persaingan secara sihat.

Program seumpama ini membantu kita untuk FOKUS untuk capai MATLAMAT kita dalam tempoh yang SINGKAT. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dapat mencapai bentuk badan idaman dan hidup dengan lebih sihat..

MAKAN KETIKA LAPAR.. BERHENTI SEBELUM KENYANG..

SHARE agar ia memberi sumber inspirasi dan memberi manafaat pada semua.




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli