Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini Jawapan Daripada Ahmad Maslan Kenapa Beliau 'Lari' Ketika Ditanya Wartawan Mengenai Kenaikan Harga Minyak


Sejak semalam tersiar sebuah video yang menunjukkan kelibat Dato Ahmad Maslan yang merupakan Timbalan Menteri Perdangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) di mana di dalam video berkenaan menunjukkan beliau seolah mengelak atau melarikan diri apabila ditanya mengenai kenaikan harga minyak.

Tindakan beliau itu telah mendapat pebagai andaian dan kritikan daripada netizen di mana video berkenaan dikongsi oleh ramai orang.

Ahli parlimen Pontian berkenaan melalui Twitternya telah tampil menjawab kenapa beliau lari dari menjawab soalan berkenaan.


Menurut beliau, dia tidak menjawab soalan berkenaan kerana perkara berkaitan minyak berkenaan adalah dalam bidang kuasa MOF sementara minyak masak adalah di bawah bidang KPDNKK, sedangkan beliau kini di bawah MITI.

Beliau melalui laman Twitternya juga berpesan kepada orang ramai atau pengguna supaya membuat aduan kepada pihak KPDNKK jika berlaku aktiviti pencatutan, salah guna barang subsidi, kenaikan harga barang dan barang tiruan. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli