Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketahui 6 Perkara Asas Untuk Memastikan Kekemasan Pemakaian Tudung Oleh Model, Sebelum Memulakan Sesi Fotografi

No Comment

Untuk mempunyai kemahiran dalam sesuatu perkara bukanlah mudah, ianya memerlukan sesi pembelajaran yang panjang, dari segi teori, mahu pun secara praktikal. Segala ilmu yang ada pula, perlu digilap, supaya tidak lupa dan dapat memperkemaskan lagi kekurangan diri.

Begitu juga dengan jurugambar, mereka bukanlah terus mahir dalam menggunakan kamera, tetapi juga melalui proses yang sama, tidak kiralah secara rasmi, atau menerusi pembelajaran sesama rakan mahu pun dari atas talian sahaja.

Ramai di antara jurugambar yang turut memberi perkongsian akan ilmu yang ada, mengenai teknik untuk menangkap gambar dengan baik, dari segi sudut mahu pun penggayaan model itu sendiri. Mungkin ramai lagi yang kurung jelas akan perkara ini, jadi admin ingin kongsikan akan ilmu fotografi ini melalui perkongsian dari saudara Harezad Abu ini. Mari kita lihat bagaimana untuk mengambil gambar, khususnya model yang menggayakan tudung.


Mohon jangan hentam/kecam saya. Saya hanya nak share ilmu dari pengalaman fotografi fesyen muslimah saya. Kalau rasa berguna sila "like & share". Kalau rasa tak betul dan nak komen boleh pm tepi.

Ini adalah check point saya buat sebelum shoot tudung. Perkara asas untuk memastikan kekemasan pemakaian tudung oleh model. 

6 Checkpoint Penting:

1. Awning tudung mestilah curve

2. Cek tudung supaya tidak tersangkut di sanggul. Tudung akan nampak kembang kalau tersangkut.

3. Bawah leher tak kembung

4. Untuk shawl biasa, tudung mesti terletak cantik pada paras bahu. Jangan terkeluar dari bahu.

5. Flow mestilah kemas, bertingkat dan curve

6. Hujung tudung mesti curve dan labuh menutupi dada. Tetapi jangan terlalu labuh sampai ke pusat (untuk shawl biasa)


Jika anda sudah mempunyai kelengkapan fotografi yang asas, bolehlah cuba untuk menggunakan teknik yang dikongsikan ini, mungkin boleh sahaja menjadikan ibu atau adik sebagai model pertama anda, bolehlah rakam memori terindah bersama ibu tersayang. Jom kita ‘simpan’ detik indah menerusi lensa kamera. – Siakap Keli

BACA: [Video] 7 Tip Mengambil Gambar Menggunakan Telefon Pintar Ini Akan Menjadikan Anda Seperti Seorang Jurugambar Profesional
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli