Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Kepala Terkulai Meninggal Dunia



India - Kanak-kanak 13 tahun dengan kepala terkulai - yang mana kisahnya viral di serata dunia - meninggal dunia baru-baru ini.

Lapan bulan lalu, Mahendra Ahirwar menjalani pembedahan yang berjaya meluruskan kembali tengkuknya.

Baca: Budak Lelaki 'Kepala Bengkok 180 Darjah' Akhirnya Boleh Melihat Dunia Dengan Tegak Selepas Jalani Pembedahan

Menurut ibu Mahendra, Sumitra, 36, anaknya itu meninggal dunia ketika menonton TV sekitar jam 3 petang.

Bapa Mahendra berkata: "Saya punyai banyak rancangan dan impian untuknya. Saya mahu dia membesar. Dia bercita-cita untuk membuka kedai runci dan kami mahu bantu dia. Kini segalanya musnah.

"Pagi itu (kejadian) dia bermain, sarapan dan mandi sebelum bersiar-siar dengan kerusi rodanya dalam rumah. Selepas makan tengahhari, dia meminta untuk menonton TV. Saya buka rancangan kartun untuknya dan dia batuk sebanyak dua kali.

"Dia meminta saya mengurut dadanya dan cuba batuk untuk kali ketiga, namun selepas itu dia sudah tiada. Saya mula menangis dengan kuat dan memanggil namanya.

"Saya kemudian berlari ke luar rumah dan meminta jiran untuk menelefon doktor. Doktor sampai 15 minit kemudian dan mengesahkan dia sudah meninggal. Saya terduduk ke lantai dan memegangnya dengan kuat. Saya tak mahu lepaskan dia pergi.", katanya.

Doktor yang membedah Mahendra pada Februari, Dr. Rajagopalan Krishnan turut meluahkan rasa terkejut dengan pemergian Mahendra.

Beliau bagaimanapun berkata kematian Mahendra bukan komplikasi dari pembedahan itu.

"Kematian Mahendra bukan dari komplikasi pembedahan. Jika itu sebabnya dia mungkin sudah tiada di meja pembedahan atau di ICU, bukan lapan bulan selepas itu.

Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli