Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Hidap Kanser Bekukan Diri Secara 'Cryogenic', Berharap Akan Hidup Semula Pada Masa Hadapan Untuk Ubati Kansernya



London - Seorang kanak-kanak warga Britain yang mati akibat kanser telah dibekukan secara cryogenic di US selepas memenangi hak untuk melakukan perkara tersebut di mahkamah sebelum kematiannya.

Kanak-kanak yang hanya dikenali dengan nama 'JS" itu menghidap sejenis kanser yang jarang berlaku dan berharap agar dia akan dapat diubati 'apabila sedar pada masa hadapan' nanti.

Dia meninggal pada 17 Oktober lepas namun mahkamah tidak membenarkan perkara itu dibukakan kepada umum sehingga hari ini.

Keinginan kanak-kanak berusia 14 tahun itu diberitahu menerusi satu nota yang berbunyi.

"Saya telah diminta untuk menjelaskan mengapa saya mahu benda pelik ini dilakukan. Saya hanya 14 tahun dan saya tak mahu mati, tapi saya tahu saya akan mati. 

"Saya fikir dengan cara Cryogenic, saya berpeluang untuk diubati bila dibangunkan nanti, biarpun beberapa ratus tahun akan datang. Saya tak mahu dikebumikan di bawah tanah.

"Saya mahu hidup lebih lama dan saya fikir di masa hadapan, mereka mungkin akan jumpa ubat untuk kanser saya. Saya mahukan peluang ini. Ini adalah hajat saya.

Difahamkan, ibu JS menyokong keinginan anaknya itu namun bapanya membantah.

Menurut laporan, bapa kanak-kanak itu takut dia akan bersendirian apabila sedar nanti, tanpa sebarang memori tentang dirinya serta keluarga.


Bagaimanapun, mahkamah membenarkan keinginan kanak-kanak itu supaya badannya dibeku menggunakan cryogenic.

Dibekukan pada 25 Oktober Lepas

CNN berkata, badan kanak-kanak itu dibekukan pada 25 Oktober, lapan hari selepas kematiannya di The Cryonics Institute, Michigan.

"Pesakit kemudian diletakkan dalam satu bekas yang dikawal dengan komputer untuk disejukkan

"Program menyejukkan manusia dari ais kering telah dipilih dan masa yang diperlukan untuk menyejukkan kepada suhu cecair nitrogen adalah 24 jam. Pesakit kini diletakkan di dalam cryostat untuk simpanan cryonic yang lama", kata satu kenyataan yang dimasukkan ke dalam laman web institut itu.


Adakah proses ini akan berjaya? 

Menurut Barry Fuller, professor Surgical Science and Low Temperature Medicine di University College London, cryopreservation mempunyai banyak aplikasi untuk perubatan harian seperti menyimpan sel daraha, sperma dan embrio.

Namun katanya proses ini tidak pernah berjaya diaplikasi kepada struktur besar seperti ginjal kerana masih belum dapat mencipta alat yang sesuai untuk pengoptimunan semua langkah-langkah itu.

"Ini sebabnya kami berkata buat ketika ini, kita masih belum ada bukti objektif bahawa satu badan manusia boleh melepasi cryopreservation dengan sel yang akan berfungsi semula selepas disedarkan.", katanya.

Di AS, kos untuk proses itu berjumlah RM 202,420.

Sumber: CNNDailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli