Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak 2 Tahun Terjatuh Ketika Kereta Buat Pusingan U, Maut Dirempuh Kereta Lain

Foto Hiasan.

JOHOR BAHRU, 20 Nov: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut apabila dia dirempuh sebuah kereta lain selepas dia terjatuh dari kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya di Jalan Lebuh Cemerlang disini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Jokhiri Abd Aziz, mangsa yang dikenali sebagai Goh meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Ketika kejadian pada pukul 8.20 malam Sabtu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang telah terjatuh keluar dari kereta itu selepas pintu penumpang terbuka semasa membuat pusingan U," katanya.

Tambah beliau lagi, selepas mangsa terjatuh, dia telah dirempuh sebuah kereta lain di lorong yang sama.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan meninggal dunia di sana," jelas beliau.

Jokhiri memberitahu, mangsa didapati meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli