Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Masukkan Kesemuanya Ke Dalam Bagasi Anda, 11 Barang Yang Anda Harus Tinggalkan Jika Ingin Melancong

No Comment

Ketika merancang untuk melancong atau mengembara ke tempat baru, segala senarai barang yang diperlukan sudah pasti tersedia untuk disemak. Kebanyakan barang yang akan dibawa perlu dimuatkan sebaik mungkin di dalam bagasi supaya boleh digunakan ketika bercuti kelak.

Barang-barang yang perlu dibawa, selalunya akan menyebabkan anda perlu membawa beg yang lebih, dan ia akan menyukarkan lagi, untuk memegang beg tersebut sepanjang masa. Jadi, hendak atau tidak, anda perlu mengurangkan barang yang kurang penting.

Disebabkan permasalahan tersebut, admin ingin kongsikan kepada anda, beberapa barang yang anda tidak perlu bawa, ketika melancong, dan ya, di antara barang ini, ada barang yang anda sering bawa bersama. Jom kita tengok perkongsian dari Bright Side ini.


Pada masa kini, tidak dinafikan bagasi yang terdapat di pasaran, mempunyai harga yang agak mahal, dan ianya akan menyebabkan kita berfikir untuk membawa barang yang lebih. Dan, jika anda membawa beg yang lebih kecil pula, perjalanan anda akan menjadi lebih mudah, dan tidak perlu untuk memikirkan bagasi yang besar.

Mesti juga ada di antara anda, seperti cerita di dalam filem, yang memerlukan bantuan orang lain, hanya untuk zipkan bagasi anda, disebabkan barang yang berlebihan. Untuk mengurangkan masalah tersebut, barang dari senarai ini perlu dikeluarkan terus dari beg anda.


1. Buku Cek

Tidak perlu lagi anda untuk membawa buku cek bersama sewaktu mengembara, anda ingin bercuti, bukannya berurusan mengenai hal perniagaan. Lagi pun, sekarang zaman moden, anda boleh sahaja mengirim wang terus secara atas talian.


2. Pakaian Basahan

Tidak salah untuk membawa baju basahan, tetapi perlu berpada-pada, ini kerana anda pergi untuk bercuti, dan melancong, jika ingin bergambar, sudah pasti memerlukan pakaian yang elok dan kemas. Jika anda berada dalam situasi hujan, baju hujan atau sweater yang dibawa, sudah pasti akan banyak membantu.


3. Gajet Berlebihan

Sebelum anda ingin membawa gajet bersama dengan anda, fikir dahulu, adakah anda sangat memerlukannya, atau tidak. Ini kerana jika membawanya terlalu banyak, ia bukan sahaja memakan ruang, tetapi anda perlu lebih berwaspada untuk menjaganya.

Jika anda mempunyai lebih dari satu telefon pintar, dan juga tablet, cuba hanya membawa satu sahaja, yang mempunyai simpanan yang banyak, dan kamera yang baik, juga tidak perlu membawa komputer riba, kerana anda pasti tidak sempat untuk menggunakannya. Jangan lupa, bawa sekali plug serbaguna, jika mengembara ke negara luar.


4. Barang Mandian

Tidak perlu untuk membawa terlalu banyak bahan mandian dari rumah anda, anda boleh tinggalkan sahaja, serum muka, krim wajah, atau topeng muka di rumah. Anda boleh membeli barangan mandian yang asas jika sudah tiba ke tempat penginapan anda.

Tetapi, jika anda bercadang ke kawasan terpencil, di luar bandar, anda boleh membawa beberapa barang mandian dari rumah, gunakan botol kecil yang terdapat di hotel yang pernah anda perolehi sebelum ini.


5. Buku / Novel / Majalah

Semestinya jika anda seorang ulat buku, anda pasti ingin membawa buku bersama, namun, buku akan memakan ruang yang banyak, dan juga berat. Jadi, anda boleh membawa sebuah buku, dan gunakan juga e-reader, untuk membaca buku secara atas talian.

6. Pelurus Rambut

Lupakan ia! Anda tidak perlu untuk merisaukan akan rambut anda, biarkan rambut anda berehat, sama seperti anda, siapa tahu anda mungkin menyukai rambut anda yang baru, tanpa perlu diluruskan. Ianya akan menjimatkan ruang penyimpanan beg anda.


7. Makanan

Sudah pasti anda akan sentiasa membawa makanan dari rumah bukan? Ianya tidak boleh, jika anda membawa makanan ringan sahaja, bukan hanya tidak mengenyangkan, tetapi akan membazir ruamg anda sahaja. Tidak salah untuk membawa makanan seperti mee segera, atau paket makanan, kerana khuatir tidak menjumpai restoran halal. Cuma, janganlah terlampu banyak.


8. Kasut

Melancong secara backpacker? Kasut hiking / sukan, selipar atau sandal, dan juga sneaker. Hanya ini sahaja yang anda perlukan, tidak perlu lagi membawa kasut yang lebih.


9. Khemah

Peralatan sukan boleh dibawa, tetapi ada lapangan terbang yang tidak membenarkannya, jadi untuk memastikan anda selamat, tinggalkan sahaja khemah anda tersebut, lagi-lagi jika anda bukan bercuti yang memerlukan anda tidur di luar.


10. Barang Kemas

Barang keams dan berharga sememangnya tidak boleh dibawa langsung. Jika anda tidak ingin kehilangan barang bernilai ini, simpankan sahaja di rumah.


11. Gitar

Dengan saiz yang sebegitu besar, anda akan merugikan ruang, dan juga menyukarkan untuk bergerak. Sememangnya, jika berada di tepi pantai, menikmati keindahan alam, ianya akan lebih menggembirakan jika mempunyai gitar untuk mendendangkan lagu. Tetapi, tidak perlu untuk menjadi seorang yang inginkan perhatian, biarkan yang lain bersama gitar mereka. Tinggalkan sahaja gitar anda di rumah.

Perancangan untuk membawa barang ketika melancong selepas ini, menjadi lebih mudah. Anda sudah tahu apa yang perlu untuk dibawa, dan ia dapat menjimatkan kos bagasi, juga ruang di dalam beg anda. Jom kita bercuti dengan lebih mudah. – Siakap Keli

BACA: Tiada Idea Untuk Membeli Cenderamata Buat Keluarga Atau Sahabat Ketika Melancong, 5 Tip Mudah Ini Boleh Membantu Anda



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli