Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jack Ma Akan Taja Budak 8 Tahun Yang Punyai Wajah Seiras Dengannya Sampai Habis Universiti Selepas Foto Kanak-Kanak itu Viral


China - Billionair dan pengasas Alibaba, Jack Ma berkata dia akan menaja seorang kanak-kanak lapan tahun yang mempunyai wajah seiras dengannya ketika kecil sehingga kanak-kanak habis pengajian di universiti.

Video kanak-kanak tersebut, Fan Xiaoqin, menjadi sensasi internet di China apabila orang ramai mengatakan dia mempunyai wajah yang sama dengan Jack Ma.

Namun, berbeza dengan kehidupan Jack Ma sekarang, kanak-kanak itu hidup dalam kesusahan di Yongfeng, Jiangxi memandangkan ibunya sakit, bapanya kehilangan sebelah kaki dan neneknya pula menghidap alzheimer.


Susulan itu, orang ramai mula memviralkan kisah Fan dan berharap agar Jack Ma membantu kembar seirasnya itu.

Difahamkan juga, foto itu sudah viral pada tahun lepas, namun tahun ini sekali lagi diviralkan oleh orang ramai dengan harapan supaya Jack Ma membantunya selepas billionair itu berjaya membuat rekod jualan pada Single Day 11 November lepas.

Terdetik dengan perkara itu, Jack Ma mengisytiharkan akan membiayai Fan sehingga dia habis belajar di Universiti.

"Situasi Fan bukan satu bahan jenaka. Ia satu realiti yang berat

"Terdapat ramai lagi orang miskin di negara ini. Masalah pembangunan dan pendidikan di kawasan-kawasan pendalaman China sangat merisaukan.

"Untuk membiayai pendidikan seorang kanak-kanak itu senang, tapi untuk berjuta yang lain memerlukan lebih banyak sumber", tulis Alibaba dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Fan

Fan

Fan

Jack Ma ketika kecil

sumber: Xinhua
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli