Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ibu Alami Stroke Dan Pendarahan Otak Di Luar Negara, Tolong Kami Bawa Balik Ibu Ke Malaysia" - Rini Rahman


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, bayangkan kegembiraan berada di Australia tiba-tiba direntap dengan diserang stroke dan pembedahan sebanyak dua kali.

Itulah berlaku kepada seorang wanita apabila keluarganya kini buntu memikirkan bagaimana mencari kewangan untuk membayar kos perubatan yang tinggi di negara orang selain mengumpul wang untuk membawa ibu mereka pulang ke Malaysia.


Menurut Rini Rahman, ibunya terpaksa menjalani pembedahan di tempurung kepala sebanyak dua kali dah kos rawatan meningkat menyebabkan dia dan abangnya Ridzuan Rahman serta ahli keluarga yang lain sedang bertungkus lumus untuk mencari wang untuk membawa mereka pulang ke Malaysia.

" Assalamualaikum w.b. t. Kami sekeluarga daripada Malaysia memerlukan bantuan kewangan utk membayar kos perubatan dan membawa pulang ibu saya ke Malaysia. Ibu saya dirawat di Hospital Sir Charles Gairdner . Ibu saya mengalami stroke dan menjalani pembedahan sebanyak dua kali. Dan masih terlantar di hospital .





" Jumlah bil hospital semakin meningkat pihak hospital meminta kami menyediakan kos membawa pulang ibu utk dirawat di Malaysia Atas sebab ketidakmampuan kami untuk membawa ibu kami ke Malaysia, kami memohon jasa baik rakan rakan dapat la membantu kami mencari dana untuk ibu di bawa pulang ke Malaysia dan menjalani rawatan seterusnya di Hospital Kuala Lumpur.

" Dengan ini kami sekeluarga mengharapkan ihsan daripada semua utk membantu kami mencari dana untuk membawa ibu pulang ke Malaysia " 

Saya sertakan :

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli