Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Halang Penguatkuasa MBSA Jalankan Tugas, Suami Isteri Dijatuhkan Hukuman Penjara 14 Hari


SHAH ALAM: Sepasang suami isteri yang ditahan pihak polis semalam atas kesalahan menghalang dan mengasari anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam, dihukum penjara 14 hari, lapor Berita Harian.

Majistret P Sarulatha telah menjatuhkan hukuman berkenaan selepas pasangan suami isteri itu, Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, mengaku salah.

Mereka didakwa didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Pasangan berkenaan turut diperintah untuk membayar denda RM3,000 seorang kepada tertuduh dan jika gagal, tertuduh akan dipenjara tujuh hari lagi.

Bagaimanapun, Sarulatha telah membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Mengikut kertas pertuduhan, pasangan ini telah bertindak keras terhadap seorang penguatkuasa MBSA Nurul Ain Isa, 23, yang ketika itu sedang menjalankan tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Video tindakan pasangan itu menghalang tugas Nurul Ain tersebar luas di mana rata-rata netizen menempelak tindakan berkenaan.


Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan setugas sedang menjalankan tugas dengan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta, melihat situasi itu, pasangan berkenaan dikatakan tidak berpuas hati sehingga bertindak demikian. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli