Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagi Yang Tak Suka Dengan Rasa Pahit Green Tea, Ini 4 Perisa Alternatif Yang Boleh Dicuba

No Comment

Anda seorang yang mementingkan kesihatan dan suka mengamalkan minuman berkhasiat seperti Green Tea tetapi anda tidak gemarkan rasa kelatnya. Itu sesuatu yang malang kerana Green Tea merupakan minuman yang mengandungai pelbagai khasiat jika diamalkan secara berteruskan.

Disebabkan itu, Green Tea jenama OISHI memperkenalkan empat jenis perisa-perisa baru untuk mempelbagaikan rasa Green Tea keluaran mereka.

Dengan itu, orang ramai tidak lagi perlu menikmati kebaikan Green Tea dengan terpaksa menebal lidah dengan rasa kelatnya.



Green Tea + Ice Lemon Tea
Siapa yang tidak gemarkan Ice Lemon Tea? Dengan kombinasi Green Tea dan Ice Lemon Tea, tiada lagi rasa kelat apabila meminum inovasi air dari OISHI ini.

Dengan gabungan rasa kelat Green Tea dan rasa masam-masam manis Ice Lemon Tea, lidah anda akan merasa satu rasa yang baru, tetapi sedap.

Green Tea + Honey Lemon
Kemanisan madu dan kebaikan lemon digabungkan dengan kebaikan Green Tea. Itu merupakan impian peminat-peminat madu dan penggemar Green Tea.

Green Tea + Honey Lemon dicipta oleh OISHI bagi untuk menggabungkan kedua-dua perisa ini supaya dapat disatukan menjadi satu minuman yang sedap, manis dan baik untuk kesihatan.

Green Tea + Genmai
Bagi yang belum tahu, Genmai adalah beras perang dalam bahasa Jepun dan campuran Green Tea bersama Genmai sangat popular di negara matahari terbit itu sehingga mempunyai nama tersendiri iaitu Genmaicha.

Disebabkan Genmaicha baik untuk kesihatan, ramai peminatnya di Jepun sanggup mengisar sendiri dua bahan itu, tapi itu dulu.

Rupa Genmaicha sebelum dikisar

OISHI telah memudahkan proses untuk minum air campuran ini dengan memperkenalkan perisa Green Tea + Genmai bagi membolehkan orang ramai menikmati khasiat air itu dengan lebih mudah dan segera.

Green Tea + Lychee
Laici sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Malah di mana-mana kedai makan sekali pun, air laici menjadi air biasa dipesan oleh rakyat Malaysia.

Jadi, dengan idea menggabungkan kebaikan Green Tea dan keenakan buah laici, OISHI mengeluarkan Green Tea berperisa Lychee.

Lebih dari itu, OISHI juga turut menawarkan 1.5 liter Green Tea + Lychee bagi masa yang terhad.


Tapi bagi peminat tegar rasa original Green Tea, jangan risau kerana OISHI masih lagi mengekalkan perisa asli mereka.

Ikuti laman facebook OISHI Malaysia di fb.com/OishiMalaysia untuk promosi terkini dari OISHI.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli