Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gol Lencong Faiz Subri Tercalon Untuk Anugerah Puskas FIFA 2016, Disenarai 10 Terbaik Dunia



Kuala Lumpur, 22 Nov: Gol lencong magis yang dihasilkan dari sepakan percuma oleh pemain skuad Harimau Kumbang, Mohd Faiz Subri akhirnya tersenarai antara 10 calon akhir bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang di laman Facebooknya pada malam Isnin.

"Sah!. Gol jaringan Faiz Subri telah tersenarai bersama sembilan lagi jaringan terbaik dunia untuk Anugerah Puskas Fifa 2016. Tahniah," tulis pasukan itu.


Di laman web FIFA pula, nama Faiz Subri bersama video golnya sudah dimuat naik dan orang ramai sudah boleh mengundi di laman tersebut di pautan https://goo.gl/KdbMi6.

Faiz Subri akan bersaing dengan beberapa pemain terkemuka dunia seperti bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar untuk merebut gelaran tersebut.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli