Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gara-Gara Jokowi, Jaket Bomber 'Zara' Habis Dijual



Indonesia - Presiden Indonesia, Jokowi Widodo mungkin digelar dengan bermacam panggilan, tetapi tidak disangka beliau tiba-tiba sahaja menjadi ikon fesyen di negara itu.

Sabtu lalu, ketika membuat kenyataan tentang protes kes melibatkan Gabenor Jakarta, Basuki 'Ahok' Tjahaja Purnama yang didakwa menghina Islam, Jokowi dilihat tampil dengan memakai satu jaket berwarna coklat.

Ini merupakan sesuatu yang jarang dilihat kerana Jokowi biasanya hanya memakai batik atau kemeja putih.

Foto Jokowi memakai jaket itu kemudian dimuat naik di media sosial dan menjadi bualan hangat pengguna media sosial di Indonesia.

Kemudian, timbul ura-ura yang mengatakan pakaian yang sama dijual di cawangan kedai Zara di seluruh Indonesia.


Pada hari yang sama, beberapa kedai Zara di Jakarta melaporkan bahawa jaket itu habis dijual.

"Semua saiz sudah habis dijual. Dari pagi lagi, ramai yang mencari jaket 'Jokowi'", kata seorang pekerja kedai Zara di Plaza Indonesia.

Selain itu, jaket itu juga dilaporkan habis dijual di cawangan Zara di Grand Indoneisa dan Pondok Indah Mall pada Sabtu.

Di laman rasmi Zara, jaket itu dijual pada harga Rp 899,000 (RM290).

Sumber: Coconuts.co
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli