Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Kanak-Kanak 11 Tahun Seberat 143 Kilogram Sanggup 'Dibakar' Demi Kurangkan Berat Badan


Beijing: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang mengalami masalah obesiti seberat 143 kilogram sanggup ‘dibakar’ dalam usaha untuk mengurangkan berat badannya, lapor China Daily.

Li Hang telah menjalani rawatan perubatan tradisional Cina selepas beratnya naik mendadak kerana menghidap penyakit ganjil sejak berusia tiga tahun.

Apa yang menarik beliau telah melalui rawatan bekam ‘api’, terapi api yang dikenali sebagai ‘hua liao’ dan akupunktur.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau ketakutan sambil menjerit ketika doktor menyalakan api pada tuala di atas perutnya telah tersebar di internet.




Dalam gambar berkenaan Li Hang dikatakan sedang menjalani rawatan berkenaan di Hospital Changchun Kangda di bandar raya Changchun, Jilin, wilayah timur laut China.

Dia dikatakan mengalami Prader-Willi Syndrome, gangguan genetik yang jarang berlaku yang menyebabkan selera makannya bertambah di mana dia akan makan keterlaluan, masalah pembelajaran dan pertumbuhan berat yang pantas.

Semasa menjalani rawatan 'menakutkan' itu, tuala basah beralkohol yang dinyalakan api telah diletakkan diatas kulit perutnya.


Ketika mengikuti rawatan ini, dia telah mengalami lebih daripada 10 penyakit berkaitan dengan obesiti, termasuk tekanan darah tinggi, hati diselaputi lemak dan gout.

Pada bulan Mac, 2016, Li Hang, yang berketinggian 5 kaki tinggi  beratnya telah mencecah 167kg menyebabkan keluarganya telah berusaha mengurangkan berat badan melalui bersenam, tetapi semuanya gagal.

Keluarga kemudian membawanya ke Hospital Perubatan Tradisional Cina terkenal di Heilongjiang untuk menjalani pembedahan pintasan gastrik, dengan harapan untuk membantunya menurunkan berat badan dan percubaan itu sedikit berjaya dimana beratnya turun ke 143kg iaitu berat terkini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli