Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Hanya 2000 Unit Dikeluarkan, Proton Perkenal Iriz Edisi Terhad Dengan Penampilan Sporty


Pengeluar kereta nasional negara, Proton Holdings Berhad sebentar tadi telah memperkenalkan Iriz edisi terhad milik mereka di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa MINES (MIECC) sempena pameran kereta Malaysia Autoshow 2016 yang sedang berlangsung dari 10-13 November 2016, lapor Careta.

Kereta berkenaan yang dilihat lebih Sporty dan menarik ini hanya ditawarkan pada varian 1.3 CVT Standard dan 1.3 CVT Executive saja dengan rekaan hiasan menarik ‘Honeycomb’ atau ‘The Stripe’.



Rekaan `Honeycomb’ boleh didapati pada model berwarna Kelabu (“Graphite Grey”) dan Putih (“Cotton White”) manakala rekaan `The Stripe’ pula pada model berwarna Merah (“Fire Red”) dan Biru (“Blue Atlantic”).

Edisi terhad ini dikeluarkan kepada pelanggan dan peminat Iriz yang mahukan perbezaan, mereka yang mementingkan citarasa eksklusif, muda, moden dan maju ke hadapan di dalam rentak kehidupannya.

Hanya terdapat 2,000 unit Iriz Edisi Terhad ini yang berharga dari RM44,450 – RM49,130 di Semenanjung Malaysia. Tempahan dibuka di semua cawangan PROTON di seluruh negara. - Siakapkeli.my












Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli