Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gambar Atau Tulisan Pada Baju Selalu Tertanggal Apabila Dibasuh? Tip Penjagaan Baju Bercetak Ini Boleh Membantu Menanganinya

No Comment

Kebanyakan dari kita sudah semestinya mempunyai baju yang bergambar atau bertulisan, lebih-lebih lagi jika membeli baju sewaktu bercuti, seperti ‘I Love Langkawi’ atau ‘Borneo Island’.

Dan setelah beberapa kali memakai, juga membasuh pakaian tersebut, anda mula perasan ada gambar atau tulisan pada baju tersebut sudah tertanggal. Ianya membuatkan anda ingin membuang pakaian tersebut, namun sayang pula, kerana kainnya masih elok lagi.

Untuk mengelakkan anda terus kehilangan banyak lagi pakaian, admin ingin kongsikan, cara penjagaan baju yang bercetak, perkongsian dari laman T-Shirt Mania.


Kami Ingin Berkongsi Cara Penjagaan Baju Yang Bercetak Untuk Kebaikan Semua
Note: Cara Penjagaan Baju

1- JANGAN RENDAM baju bersama sabun atau peluntur (bleach);

2- JANGAN RENDAM baju terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan pewarna baju luntur dan merosakan cetakan;

3- Pastikan baju DIBILAS dan jemur dengan segera agar pewarna baju tidak mengalir dan meninggalkan kesan di atas bahan cetakan;

4- Jemur & seterika (iron) baju secara bahagian dalam di luar /terbalik (inside out);

5- Kerap seterika di permukaan belakang cetakan (inside-out manner) akan membantu cetakan/gambar baju kekal lebih lama.

Bila sudah ada cara penjagaan ini, bolehlah membeli lebih banyak baju yang bercetak, dan boleh pastikan juga baju tersebut tahan lama. Nanti, tiada lagilah pakaian yang dijadikan kain buruk. Jom kita mencuci pakaian dengan cara yang betul. - Siakap Keli

BACA: Tahukah Anda Mesin Basuh Anda Juga Perlu Dibasuh? Bagaimana? Ikuti 4 Langkah Mudah Ini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli