Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto & Video) Salji Tukar Kawasan Gurun di Tengah, Barat Laut Arab Saudi Jadi Putih


TABUK: Kawasan-kawasan bergurun di beberapa tempat di Arab Saudi bertukar putih apabila salji turun dan menutupi kawasan gurun di rantau tengah dan barat laut selepas suhu berada di bawah paras beku.

Di kawasan Shakra dan Tabuk, lapisan putih salji boleh dilihat menutupi kawasan tanah.

Di Tabarjal pula, suhu mencecah tiga darjah Celcius bawah paras beku manakala di Al-Quryat, suhu mencatat satu darjah Celcius bawah takat beku.

Ketika pertengahan Oktober biasanya menandakan kemuncak musim hujan jangka pendek di Arab Saudi.

Seorang pensyarah sains kaji cuaca di Universiti Qassim, Prof Abdallah Al Musanad berkata, hujan lebat dijangka berlaku hujung minggu ini di bahagian barat, timur dan tengah arab saudi.

"Ini adalah musim hujan kedua walaupun tempoh 40 hari sudah berlalu sejak berakhirnya musim hujan," kata beliau.

Sumber: BH OnlineAl-Arabiya










Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli