Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto & Video) Penduduk Gempar Jumpa Buaya Gergasi Satu Tan, Dipercayai Tersesat Ketika Cari Makanan


COLOMBO: Penduduk di Sri Lanka gempar apabila menemukan seekor buaya gergasi yang paling besar pernah dilihat di negara kepulauan itu.

Difahamkan, buaya tersebut terperangkap di sebuah kawasan terusan air selepas tersesat ketika mencari makanan disebabkan paras air sungai melimpah masuk kawasan terusan ekoran hujan lebat.

Buaya sepanjang 5.1 itu ditemukan di bandar Matara oleh orang ramai dan beratnya dianggar kira-kira satu tan.

Jabatan Hidupan Liar Sri Lanka dikerah untuk menyelamatkan haiwan tersebut dan terpaksa menggunakan sebuah jengkaut dan lori dalam operasi itu pada Isnin lalu.


Aktivis alam sekitar, Uppala Jayatissa berkata, pihaknya pernah menemukan seekor buaya yang memiliki saiz hampir sama kira-kira lima bulan lalu di Sungai Polathumodrara.

"Reptilia yang baru ditemukan di Matara merupakan saiz maksimum seekor buaya boleh membesar," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Buaya tersebut dipercayai tersesat ketika mencari makanan disebabkan paras air sungai melimpah masuk kawasan terusan ekoran hujan lebat.

"Dengan bantuan orang kampung dan pihak polis, kami menghantar semula buaya gergasi itu ke kawasan habitat asal untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

"Buaya itu sangat besar sehingga ia sendiri sukar untuk bergerak," kata pegawai jabatan hidupan liar, Ravindra Kumar.






Sumber: mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli