Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto & Video) Kampung Ini Digelar Kampung Paling Kaya di China Dimana Setiap Penduduk Mempunyai Sekurang-Kurangnya RM600,000 Dalam Bank & Setiap Keluarga Diberikan Villa & Kereta


China - Ianya hanya sebuah kampung dengan penduduk seramai 2,000 orang tetapi mempunyai bangunan setinggi 72 tingkat, teksi helikopter, taman tema dan berbaris-baris villa mewah.

Kampung yang bernama Huaxi ini digelar kampung paling kaya di China dan berada di timur wilayah Jiangsu.

Setiap dari penduduk disitu dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 1 juta Yuan (RM600,000) dalam bank dan setiap keluarga diberika sebuah kereta serta villa oleh pihak berkuasa apabila berpindah ke kampung ini.

Namun, sekiranya mereka mahu berpindah keluar, semua harta akan ditarik balik.

Bertahun-tahun lamanya, Huaxi telah digunakan oleh pihak berkuasa China sebagai satu 'pameran' kejayaan bagaimana rejim komunis berjaya menukar kampung miskin kepada kawasan kaya dalam masa separuh abad.

Di pintu masuk Huaxi, terdapat satu papan tanda bertulis 'Kampung Nombor Satu di Bawah Langit' yang mana satu lagi jolokan kepada kampung ini.



Pencakar langit 72 tingkat

Villa yang disediakan untuk penduduk

Seekor patung lembu emas di tingkat 60 pencakar langit di Huaxi

Portal tempatan menyiarkan gambar pelancong yang datang untuk melawat kampung itu.

Turut terdapat service sewa helikopter di Huaxi.

Suasana kawasan perumahan

Pencakar langit di waktu malam

Hotel di Huaxi berharga hampir RM50,000 untuk satu malam.
Di Huaxi, orang ramai boleh melihat replika Arch of Triumph yang dibina oleh kerajaan di situ.


Huaxi turut membina replika Sydney Opera House di kampung terbabit.

Malah, replika The Great Wall of China turut dibina
Huaxi juga turut mempunyai lagu kampungnya sendiri.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli