Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto & Video) Hampir 1,000 Berbaris Isi Minyak Percuma Sumbangan Pesara




SUNGAI PETANI, 4 Nov: Hampir 1,000 penunggang motosikal di sini berbaris panjang untuk mengisi minyak petrol percuma sumbangan seorang pesara di sebuah stesen minyak dekat Tikam Batu sejak awal pagi tadi.

Petrol itu disumbangkan bekas pegawai Pejabat Daerah (PPD) Kuala Muda, Abdul Ghani Haron, 60.


Menurut BH Online, beratus-ratus penunggang motosikal berbaris panjang di Shell Tikam Batu bagi mengisi petrol bermula jam 6.30 pagi.

Menurut Abdul Ghani, sumbangan petrol itu adalah sebahagian program sedekah amal jariah yang dilakukan bersama rakan-rakannya untuk meringankan beban masyarakat.

"Bukan untuk menjadi popular tapi sekadar melakukan sedekah jariah, malah bukan minyak saja yang diberi tapi pelbagai barangan lain kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli