Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto) Kerana Punyai Rambut Seperti Donald Trump, Ayam Pegar ini Jadi Sensasi Internet



Dek kerana mempunyai gaya rambut seperti Donald Trump, seekor ayam pegar menjadi sensasi internet.

Foto ayam jantan berbulu emas di kepala itu dikongsi secara meluas di media sosial.

Seorang netizen berkata: "Bukan sahaja rambut, malah riak muka haiwan itu sama dengan Trump".

Ayam itu kini berada di Taman Safari Hangzhou, China.

Disebabkan keunikan itu, ramai pengunjung zoo tersebut mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.

Menurut laporan media, ayam pegar emas banyak didapati di utara-bara wilayah Gansu dan di kawasan pergunungan di wilayah Shaanxi.







Selain bakal dinobatkan sebagai presiden Amerika yang baru, Donald Trump juga menjadi bualan ramai dengan keunikan wajahnya dimana ada tompokan putih di mata serta mulutnya selain gaya rambut yang lain dari orang lain.

Malah carian Google dengan kata carian 'Trump Hair' menunjukkan pelbagai gambar menceritakan perihal rambut ahli perniagaan itu.

Sumber: shanghaidaily


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli