Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Filem Last Kopek Havoc Tidak Akan Ditayang di Panggung & Hanya Boleh Didapati di DVD, Jelajah Seluruh Malaysia



Jika sebelum ini, setiap filem yang diterbitkan akan ditayangkan di pawagam, filem Last Kopek Havoc (LKH) terbitan Malayan Brotherhood Venture dengan kerjasama HornBill World Sdn. Bhd. cuba membuat sedikit pendekatan yang berbeza.

Kali ini, filem yang diarahkan oleh Reen Emran dan Along EyZendy ini mencipta kelainan apabila ia dihasilkan dalam bentuk pemain cakera digital (DVD).

Serba sedikit mengenai filem LKH, jalan ceritanya merangkumi kepada kehidupan sebenar masyarakat, persepsi terhadap wang ringgit, simpati dan cinta, saling membantu antara satu sama lain serta kepercayaan terhadap orang yang dipercayai.

LKH mengisahkan tentang Danny, Mail dan Awe yang harus mencari jalan bagaimana hendak mendapatkan wang bagi menampung kos pembedahan Atok mereka yang sedang kritikal di hospital.

Menggunakan jalan pintas, mereka mengambil keputusan untuk merompak kasino Taiko San.

Malang bagi mereka apabila Taiko San berjaya menjejaki dan menangkap mereka bertiga.

Namun, daripada menyerahkan Danny, Mail dan Awe kepada pihak polis, Taiko San mengambil keputusan untuk menggunakan kepakaran mereka bertiga bagi menjalankan misi merompak seutas rantai berlian berharga di Johor Bahru.

Danny, Mail dan Awie terpaksa bersetuju kerana tidak mahu berakhir di dalam penjara.

Namun, sejak mereka menjejakan kaki ke Johor Bahru, segalanya menjadi tidak tentu arah.

Pada mulanya Danny telah tertembak salah seorang ahli kumpulan Fei Long, gangster terbesar di Johor Bahru. Manakala Awe pula tanpa sengaja telah mencuri kereta kesayangan

Inspektor Remy, iaitu pegawai polis yang terkenal di Johor Bahru.   Sesuatu yang istimewa tentang filem ini apabila ia bakal menjelajah ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak (Borneo) menerusi sesi road tour di lebih 50 buah lokasi yang telah diaturkan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan DVD filem LKH ini

Road tour yang dilakukan ini termasuklah di pusat-pusat membeli-belah, event-event, uptown-uptown dan kawasan tumpuan orang ramai dengan permulaan di negeri Johor yang akan diadakan pada 11 hingga 13 November ini.

Dalam sesi road tour berkenaan, antara aktiviti yang akan diadakan seperti penjualan DVD LKH secara terus kepada pengunjung dengan harga RM19.90. Malah, pengunjung juga akan berpeluang untuk mendekati barisan pelakon utama filem ini yang akan turun ke setiap lokasi road tour.

Filem LKH dibintangi oleh Erry Putra (Danny), Pablo Amirul (Awie),  Along Eyzendy (Mail), Johan Raja Lawak (Mr. Tony), Saiful Apek (Taiko San), Wan Hanafi Su (Rajakali), Chacha Maembong (Nadia), Sofi Jikan (Taiko G), Fezrul Khan (Mr. Right), Azad Jasmin (Inspektor Remy), Ali Ariffin (Tiger), Qazem Nor (Banker), Bell Ngasri (Doktor), Marcell Angkong (Fei Long), Jay Iswazir (Pembunuh upahan), Adam Shahz (The Good Fellas), Kim Fukazawa (The Good Fellas), Taiyuddin Bakar (The Good Fellas) dan Azman Hassan (Atok).




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli