Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elly Mazlein Tarik Diri Dari Pentas Gegar Vaganza Kerana Terasa Hati Dengan Juri?


Nampaknya Pentas Gegar Vaganva musim ketiga telah mencetuskan kontroversi selepas dikatakan apabila peserta yang diumumkan tidak mendapat lagu untuk konsert minggu kelima, Elly Mazlein bertindak menarik diri daripada pertandingan itu sebelum dia diisytiharkan tersingkir, malam tadi, lapor Berita Harian.

Elly Mazlein dalam satu kenyataannya memberitahu bahawa tindakannya berundur diri adalah kerana berkecil hati dengan juri tetap iaitu Datuk Ramli MS yang mengaitkan sentimen simpati dan belas kasihan ketika mengulas persembahannya.

"Komen Ramli yang menyatakan terpulang dengan belas ihsan Astro sama ada saya mampu bertahan atau tidak, sangat mengecewakan sehingga membuat saya nekad untuk menarik diri. 

"Kenyataan itu seolah-olah mengiyakan pendapat netizen yang mendakwa saya bertahan dalam program ini berdasarkan simpati semata-mata. Itu yang membuatkan saya hilang kekuatan dan tiada semangat untuk terus berjuang,"katanya.

Sebelum itu ramai peminat seolah-olah tidak percaya apabila nama Elly tidak diumumkan untuk mendapat lagu bagi konsert kelima sekaligus tersingkir daripada GV3.

Elly dikatakan telah memaklumkan kepada pihak produksi mengenai keputusannya untuk menarik diri daripada GV3 ketika berada di belakang pentas sebaik saja Ramli memberi ulasan terhadap persembahannya bersama Achong ketika mendendangkan lagu Jangan Menangis Sayang.

Gagal mengawal emosi ketika diasak wartawan berhubung keputusannya itu, Elly memberitahu, dia bagaimanapun tidak mahu menuding jari terhadap Astro termasuk Ramli malah menyifatkan insiden berkenaan sebagai dugaan buatnya.

"Saya berterima kasih kepada Astro kerana memberi peluang ini. Lagipun markah saya pada minggu ini memang rendah. Sesuailah dengan keadaan yang berlaku," katanya.

Menurut pengacara GV3, Jihan Muse pula dalam tulisannya di Instagram, beliau menyatakan bahawa pada malam semalam tiada penyingkitan akan berlaku, tetapi katanya Kak Lina(panggilannya kepada Elly) buat permintaan untuk tarik diri.


Sementara itu, pada sidang media berasingan, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal menjelaskan timbul kekeliruan mengenai dakwaan kononnya tiada proses penyingkiran peserta pada minggu ini.

Sambil merujuk kepada status Instagram yang dimuat naik pengacara GV3, Jihan Muse yang mendakwa Elly menarik diri selain tiada penyingkiran yang berlaku, Emarina menjelaskan, perkara itu tidak benar dan ia hanya pandangan peribadi pengacara terbabit.

"Berdasarkan format sebelum ini, minggu duet memang ada penyingkiran. Elly tersingkir kerana mendapat markah terendah iaitu 74.4 iaitu 0.2 kurang berbanding Sarah yang mendapat 74.6," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli