Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elak Dari Berkunjung ke Jakarta Jumaat ini



JAKARTA – INDONESIA. Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak memasuki Jakarta pada Jumaat ini bagi mengelakkan terperangkap dalam demonstrasi rakyat Indonesia yang dijadual berlangsung disekitar ibu kota terbabit.

Menurut Dua Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, kedutaannya sedang memantau perkembangan semasa mengenai demonstrasi tersebut dari masa ke masa.

Katanya lagi, rakyat Malaysia yang berada di Jakarta dinasihatkan supaya menjaga diri dan keselamatan keluarga bagi mengelak dari berada di ibu kota terutama di sekitar Monumen Nasional (Monas), Masjid Istiqal, Balaikota, Tangerang dan Bekasi.

Pihak berkuasa Indonesia menjangka lebih 100,000 rakyat Indonesia menyertai demonstrasi secara besar-besaran di Jakarta bagi mendesak Gabenur Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok dikenakan tindakan undang-undang kerana mempertikaikan ayat al-Quran dalam surah Al Maidah.

Ahok dalam kempennya di Pulau Seribu pada bulan lepas dipetik sebagai mempertikaikan ayat al-Quran yang meminta umat Islam supaya tidak memilih orang bukan Islam menjadi pemimpin mereka.

Beliau yang akan mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Februari 2017 bagaimanapun telah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah menyinggung perasaan umat Islam. –Bernama

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli