Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Didoakan Supaya Dihumbankan Ke Neraka", Wartawan TV3 Memaafkan Netizen Yang Mencemuhnya


'Keyboard Warrior' sudah tidak asing lagi dengan kita pada masa kini, mereka adalah golongan yang banyak memberi kesan buat kita, sama ada positif atau negatif, terdapat maklum balas dari golongan ini yang mengkritik dan mempertahankan sesuatu isu yang terjadi, tetapi ianya tidaklah bermaksud mereka salah dalam semua hal, ianya bergantung pada individu untuk mentafsir komen atau kata-kata dari mereka.

Inilah yang terjadi kepada salah seorang penyampai berita, di stesen televisyan swasta iaitu saudara Mohd Izwan Azir Saleh yang telah dihentam oleh individu, yang memuat naik gambar provokasi mengenai penyampai berita tersebut. Dia menyatakan, dengan kata-kata 'Gaji Yang Kamu Terima Setiap Bulan Beri Makan Anak Bini Menjadi Haram dan Akan Dibakar Api Neraka'.


Tetapi, saudara Mohd Izwan Azir, seperti tidak terkecam akan dakwaan tersebut, dan dia melahirkan rasa syukur kepada meraka yang memberi sokongan kepadanya, dengan kata-kata semangat. 

Dalam pada itu juga, Izwan Azir masih mampu untuk memaafkan mereka yang membuat dakwaan tersebut, dan katanya tidak berdendam dengan mereka.

Tambahnya lagi, apa yang dikerjakan olehnya adalah dalam nawaitu yang hanya diketahui oleh Allah. Serta, ianya sudah cukup hanya Allah yang mengetahuinya, dan balasan baik atau buruk datang dariNya jua.


Dan, bagi saudara yang dikenali sebagai Asrul Muzaffar, dia tidak setuju dengan pernyataan yang dinyatakan oleh individu tersebut, kerana menurutnya, dia kenal akan siapa Izwan Azir yang sebenarnya, dan cemuhan sebegitu tidak seharusnya ada.

Tambahnya lagi, sepatutnya kesalahan tidak dilemparkan kepada pembaca berita, mahu pun editor, atau jurnalis tetapi kepada 'upper hand' yang memberi arahan.


Komen dari netizen juga turut menyangkal akan dakwaan tersebut.



Sebelum membuat apa-apa kenyataan, sebaiknya berfikir terlebih dahulu agar ianya tidak memberi kesan yang buruk buat diri kelak. Dan admin sangat respect dengan jawapan yang diberikan oleh wartawan Izwan Azir ini, dengan nada yang baik tetapi mendalam maksudnya. Moga saudara Izwan Azir terus tabah, dan dapat memberikan yang terbaik buat semua. - Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli