Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dengan Hanya Mengurus Ruang Kerja Dan Rumah Secara Efektif, Anda Boleh Menjadi Seorang Yang Produktif Dan Lebih Fokus

No Comment

Dalam memastikan segala barang yang diperlukan mudah untuk dicari, ianya memerlukan tempat penyimpanan yang khusus, supaya tidak bercampur dengan barang yang tidak diperlukan. Ini adalah kerana, jika berlaku kecemasan dan memerlukan dokumen penting, anda boleh tahu di mana untuk mencarinya, tanpa perlu menggeledah simpanan lain.

Namun begitu, mungkin disebabkan tempat penyimpanan yang terhad, dan tidak mengetahui cara yang betul, ramai di antara kita tidak membuat tempat penyimpanan khas untuk menyimpan barang, mengikut kategori yang tertentu.

Untuk membantu anda dengan permasalahan ini, admin kongsikan, tip bagimana untuk mengurus rumah, atau tempat kerja anda dengan lebih efektif. Mari kita lihat cara yang sebetulnya, perkongsian dari saudara As Syahid.


Rutin Yang Produktif

Saya kongsikan beberapa tips bagaimana menguruskan hidup di rumah atau di tempat kerja dengan efektif.


1. Semuanya perlukan 'rumah'

Setiap benda atau barang perlukan rumahnya tersendiri. Perkara melambakkan barang, meletakkan sesuatu benda bukan pada tempatnya, atau meletakkan kesemua benda pada satu masa dan tempat sehingga menimbun akan menyebabkan sesak dan menjadikan kita tidak produktif.
Jadi, syaratnya ialah semua benda perlukan rumah meskipun fail/kertas/surat dan bil. Takkan di pejabat sahaja kita perlu ada fail dan jenis - jenisnya. Buat satu organisasi yang jelas membezakan 'rumah' masing-masing di rumah. Tidak perlu berbelanja mewah dan mahal untuk menguruskan barang dalam rumah.

Contoh:
1. Bakul kunci segala kunci (kunci kereta, pintu 1, pintu 2 dan lain lain)
2. Bakul segala wayar USB dan semua jenisnya.
3. Kotak ubat dan pil vitamin.

Tuan lihat, semuanya telah dilabelkan supaya mudah dilihat. Daripada kategori folder yang diasingkan mengikut jenis dan halnya. Malah, container biru kecil yang comel itu saya asingkan duit perbelanjaan bulanan. Daripada duit untuk utiliti, belanja dapur, sehinggalah duit minyak kereta yang telah diasingkan siap-siap. Malah, ada satu bakul khas untuk segala benda berkaitan mencetak ( suami isteri cikgu banyak berbelanja dalam hal mencetak kerja, duit sendirian berhad lah kan) sehinggalah hal kotak langsir dan jahitan milik suri.


2. Meja/ kaunter dapur perlu kosong dan bersih dengan barang yang sangat minima

Amalkan setiap kali rutin hidup meja mana-mana atau kaunter yang rata yang saya gelar landing zone ini sentiasa 'clear' . Setiap barang / benda harus diletakkan kepada rumah masing-masing. Risiko landing zone ini ialah kita suka meletakkan apa sahaja daripada butang baju , wayar telefon bimbit sehinggalah putik kapas yang tidak dibuang selama 2 hari.


3. Mengkategorikan fail/surat/ dokumen

Kesemua ini harus dilakukan housekeeping secara berkala. Kita memiliki banyak sampah dalam hidup kita. Booklet promosi yang entah apa- apa, iklan dan pamphlet yang kita terima percuma di pasar raya yang kita bawa pulang. Semua ini perlu dinyahkan dari rumah. Simpankan yang penting sahaja. Kategorikan daripada jenis yang berkaitan rumah dan financing. Hal peribadi anak-anak. Sehinggalah kepada bil utiliti. Saya pernah dihubungi oleh LHDN yang meminta dihantarkan resit pembelian sepanjang tahun. Memang menyimpannya jadi tidak menjadi masalah. Jadi, resit buku yang dibeli sepanjang tahun memang saya simpan kerana saya seorang pembaca buku yang tegar.


Sekian beberapa tips bagaimana mahu menjadi orang yang produktif setiap hari dan menjadi orang yang sentiasa fokus kepada hal kebersihan, kerajinan ke arah menjadi manusia yang bermanfaat. Semua menjadi niat supaya menjadi orang yang paling itqan, kerana mencintai kebersihan sebahagian daripada deen dan menguruskan hidup dengan lebih baik dan 'stress free'. - Siakap Keli

BACA: Tip Ini Boleh Membantu Anda Dalam Menangani Masalah Pelupa, Atau Mudah Hilang Fokus
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli