Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dah Sampai Ke Super Market, Tapi Dompet Tertinggal, Lelaki Kongsi Bagaimana Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad


Masih admin teringat kata-kata dari Staf Maybank dulu semasa buka akaun bank, katanya kalau terlupa bawak dompet, kita boleh keluarkan duit dari mesin ATM tanpa kad.

Tapi tak pernah terlupa pula bawa dompet, menyebabkan admin pun terlupa akan hal ini yang merupakan satu perkongsian terbaik kepada kita.

Satu kejadian yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook bernama Ahmad Asyraf Asyari mengingatkan admin kembali kepada kisah ini, beliau berkongsikan kisah di mana dia terlupa membawa dompet yang berisi kad ATM ke pasaraya.

Dia telah menggunakan satu kelebihan yang ada apa bank yang digunakannya iaitu keluarkan duit tanpa menggunakan kad, jom kita baca dan lihat cara-caranya.


Semalam pergi Giant Batu Caves nak beli barang dapur. Dah sampai dekat parking cari dompet. Aduh! Tertinggal pula di rumah. Duit dalam poket ada RM2 je. Nak patah balik, memang taklah nak pergi Giant balik lepas tu.

Orang rumah dah pasrah dah muka. Sebelum tu muka ceria nak beli barang-barang untuk buat sandwich dan salad. Ya lah kan, suami nak bawa bekal ke tempat kerja. Sebagai isteri solehah, mesti seronok nak sediakannya pun adui. Hehe

Jadinya, duduk berfikir sebentar.

Baik, kita cuba buat online banking. Dalam kereta ada kad Bank Muamalat isteri yang dah lama tak pakai. Tapi bila nak buat 'IBFT' dari Maybank tiadalah pula dalam senarai. Kena cari jalan lain ni.
Terus teringat yang Maybank ada khidmat ‘Pengeluaran tanpa Kad’ atau “Cardless Withdrawal’. 

Alhamdulillah berhasil. Syaratnya mesti kena ada akaun Maybank. Hong Leong pun ada. Bank-bank lain tak tahu lagi dah ada ke belum perkhidmatan ini.

Boleh tengok gambar-gambar dan baca 'caption' di bawah untuk tahu cara ‘step by step’. Manalah tahu jadi pula satu hari pada kita nanti kan.

1. Masuk Maybank2u guna telefon anda. Takkan bawa laptop pula ke pasaraya kan. 

Klik 'Account & Banking'



2. Pilih 'transfer' kemudian 'Cardless Withdrawal'



3. Isi maklumat yang diperlukan kemudian akan terima mesej melalui SMS.


4. Dapat saja SMS cari ATM Maybank yang berdekatan. Tekan mana-mana butang. Akan keluar skrin pilih bahasa.



5. Pilih pengeluaran tanpa kad.



6. Teruskan lah. Hehe



7. Masukkan 16 digit yang dapat dalam SMS.



8. Lepas tu masukkan lagi 6 digit yang dapat melalui SMS juga.



9. Ambil wang anda dan penyata. Selesai. Boleh belanja dengan senang hati.


-Ahmad Asyraf Asyari-
-Bukan pegawai Maybank-

Mudahkan, jadi tidak risau lagi jika dompet dan kad ATM anda tertinggal ketika di pasaraya, janji ada internet dan yang paling penting duit ada dalam akaun. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli