Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Carian Google Cara 'Berpindah Ke Australia' Dari Rakyat Amerika Meningkat Mendadak Selepas Kemenangan Trump


Nampaknya selepas kemenangan bilionair Donald Trump semalam sebagaiPresiden baru Amerika Syarikat, dilaporkan ramai rakyat Amerika telah membuat keputusan untuk berhijrah ke negara lain.

Negara seperti Kanada dikatakan menjadi pilihan utama bagi mereka yang berada di negara berkenaan sehinggakan laman web untuk imigrasi ke Kanada telah tergendala kerana terlalu tinggi trafik yang menggunakannya dari kalangan rakyat Amerika.


Sementara itu, medium carian popular, Google mengeluarkan statistik menyatakan perkataan yang paling tinggi dicari oleh rakyat Amerika ketikan ini ialah 'Australia immigration' and 'New Zealand immigration'.

Menurut mereka, carian tertinggi perkataan berkenaan ialah pada pukul 4 pagi pada Rabu lalu di mana laman web untuk memohon visa ke New Zealand pelayarnya meningkat dua kali ganda.


Selebriti seperti  Miley Cyrus, Kesha, Cher, Barbra Streisand sebelum ini telah mengugut yang mereka akan berpindah ke luar negara jika Donald Trump memenangi kerusi sebagai presiden Amerika.


Menurut pegawai imegresen New Zealand berkata, ketika ini mereka telah menerima 1,593 permohonan berhijrah daripada rakyat Amerika sejak seminggu lalu dan ianya akan meningkat lebih tinggi dalam minggu ini.

Jumlah berkenaan terkini itu merupakan peningkatan 50 peratus daripada hari biasa. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli