Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bomba Selamatkan Kucing 2 Hari Terperangkap Atas Pokok Kelapa



KUCHING: Seorang lelaki yang bimbangkan nasib seekor kucing yang tidak dapat turun dari pokok kelapa sejak dua hari lalu bertindak menghubungi bomba untuk membantu menyelamatkan haiwan itu.

Lelaki terbabit, Bobby Sangau memohon bantuan itu dengan menghantar pesanan ke laman sesawang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Pesanan itu kemudiannya terus ke emel Pengarah JBPM Sarawak, Nor Hisham Mohamad.

Bertindak atas pesanan itu, Nor Hisham menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak dan mengarahkan anggota ke lokasi di Kampung Tabuan Dayak, di sini.

Beliau berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya bergegas ke tempat kejadian.



"Setibanya di lokasi pada jam 10.05 pagi, seekor kucing berwarna putih didapati berada di atas pelepah kelapa. 

"Anggota kami menggunakan tangga untuk mendekati kucing itu yang berada pada ketinggian kira-kira 10 meter dan berjaya menyelamatkannya pada jam 10.40 pagi tadi," katanya.

Nor Hisham berkata, difahamkan kucing berkenaan tersangkut di atas pokok kelapa itu sejak dua hari lalu, namun pemiliknya hanya menghantar emel kepada bomba, hari ini.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli