Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bolehkah Berjimat Cermat Semasa Berbelanja? 21 Tip Penjimatan Ini Boleh Mengelakkan Wang Di Dalam Dompet Anda Terus Berkurang

No Comment

Ada masanya kita ingin berbelanja, bukan bermaksud ingin menghabiskan keseluruhan gaji yang diperolehi, tetapi hanya ingin membeli barang keperluan yang makin berkurang di rumah, di kala tiba hujung bulan. Ianya sudah menjadi kebiasaan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang ada pada setiap bulan.

Namun begitu, ‘gangguan’ mula tiba, bila mana akan terdapat terlalu banyak jualan murah, terutamanya di pasaraya besar, dan ini secara tidak langsung menggugat nafsu berbelanja untuk mula membeli belah pada yang tidak perlu.

Tetapi, ia seperti satu tindak balas yang sukar dikawal, jika melihat banyaknya jualan murah, di mana kehendak mula membatasi keperluan, dan ianya sangat merisaukan apabila berbelanja melebihi apa yang sepatutnya. Jika anda khuatir situasi ini berlaku kepada anda, jom kita ikuti cara yang dikongsikan oleh saudara Amir Syahir ini, admin yakin anda mampu berbelanja dengan bijak, dan masih boleh untuk berjimat cermat dengan tip ini.


Berjimat Cermat Semasa Berbelanja

Jualan murah akhir tahun kini kembali, maka bersepahlah kedai-kedai dan pasar raya mengadakan jualan murah sempena jualan murah akhir tahun.

Korang pun turut menggelupur nak beli itu ini walaupun barang tu korang tak memerlukan sangat pun. Akibatnya, air mata penyesalan ataupun scene buka dompet serupa tumbuk bawang pun berlaku.

Korang bukan boleh tengok sangat perkataan "Jualan Murah" ni. Perkataan SALE seperti memanggil-memanggil untuk membazirkan duit yang korang kumpul sepanjang tahun ini dan akhirnya lenyap dalam beberapa jam sahaja.

Di sini ada tips sedikit sebanyak untuk menyelamatkan wang korang daripada membuat pembelian yang tidak sepatutnya.
Antaranya:

1. Buat senarai barangan yang hendak dibeli. Sediakan bajet perbelanjaan. Beli barangan yang disenaraikan sahaja. Janganlah bila masuk pasar raya terus hilang ingatan ataupun buang senarai tu.

2. Jangan membawa wang yang banyak. Bawalah wang yang mencukupi sahaja. Ia akan mengelakkan korang membeli-belah secara berlebihan.

3. Jangan jadikan membeli-belah sebagai satu tabiat untuk melepaskan tekanan. Sekiranya korang hendak membeli sesuatu barang kehendak, pastikan kewangan mencukupi. Jauhi pembelian secara hutang. Bayaran ansuran akan meningkatkan lagi harga barangan tersebut.


4. Jangan keluar membeli barangan dengan rakan-rakan yang memang suka membeli belah. Karang, dua benda korang nak beli, akhirnya bermacam benda diorang hasut korang suruh beli.

5. Jangan membeli belah hanya untuk menunjuk-nunjuk pada jiran, kawan-kawan, teman sejawat ataupun bekas makwe / pakwe.

6. Jika ada kad kredit, uruskan perbelanjaan dengan bijak. Kad kredit membunuh kewangan korang dengan senyap jika korang jadi hamba kepadanya. Simple.

7. Buat perbandingan harga semasa korang membeli-belah. Ada barang berkualiti yang boleh didapati dengan harga yang murah.


8. Bersederhana dalam berbelanja. Ukur kewangan korang berdasarkan pendapatan korang. Janganlah berbelanja mengikut nafsu ataupun berdasarkan kewangan kawan-kawan yang lain.

9. Kualiti produk yang mewah mungkin sama dengan jenama yang lebih murah. Janganlah alergik dengan produk ataupun jenama murah. Alergik nak masuk Mydin misalnya. Takde kelas katanya. Korang nak masuk kedai hipster je. Nak beli barangan berjenama mewah saja.

10. Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran istimewa. Kalau tak perlu, tak payahlah nak mengada-ngada beli ye. Jangan beli untuk kegunaan dua tahun akan datang misalnya


11. Periksa resit pembelian barangan untuk mengelakkan terlebih bayar atau berlaku kesilapan semasa pengiraan pembelian.

12. Beli ketika jualan murah, tetapi kawal diri supaya tidak terlebih belanja. Beli barang yang perlu dan hendak digunakan sahaja.

13. Periksa kualiti dan mutu barang yang hendak dibeli ketika jualan murah. Ambil tahu polisi penukaran barang ataupun saiz pakaian.

14. Tawar menawarlah jika boleh.


15. Katakan “TIDAK” sekiranya korang tidak memerlukan barangan yang ditawarkan. Jangan beli sebab kesiankan peniaga. Korang kena kesiankan kewangan korang terlebih dahulu.

16. Jangan berbelanja lebih terutamanya jika korang tidak ada kemampuan. Ikut bajet bulanan korang ye. Karang berhutang sampai ke tua korang juga yang susah.

17. Beli produk keluaran tempatan. Lagi jimat dan juga berkualiti. Sokonglah Barangan Buatan Malaysia.

18. Tak perlu korang nak urban ataupun nak nampak hipster ataupun up-to-date dengan trend terkini. Perangai nak semua benda yang baru, yang ikut trend terkini tapi berhutang. Ubah la sikit perangai tu.

19. Jangan membeli-belah dengan perut yang kosong. Makan siap-siap dekat rumah.

20. Rancang tempat untuk membeli-belah bagi menjimatkan penggunaan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja.


21. Amalkan fikir sejenak 30 saat jika tidak ada dalam senarai perbelanjaan ataupun tangguhkan pembelian 30 hari jika melibatkan perbelanjaan wang yang besar.

22. Korang boleh tambah lagi pendapat di ruangan komen untuk manfaat bersama. Kakakaka.

Ini antara cara yang korang boleh jadikan panduan. Tidaklah nanti korang memberi alasan asyik tak cukup duit untuk menabung atau menyimpan je.

Fahami dan lakukan. Dah tahu tetapi tak buat, tak guna juga. Ye dak? Nanti takdelah tengah bulan dompet korang banyak resit je daripada duit.

"Keadaan kewangan yang kukuh tidak akan membawa kalian ke bulan, tetapi cukuplah kalian tidak runsing untuk menjalani bulan-bulan yang berikutnya."

Share lah jika manfaat. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli