Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berkeinginan Untuk Membeli Tanah Lot? Ketahui 10 Risiko Beli Tanah Lot Bangunan Yang Tiada Geran Individu

No Comment

Untuk membeli tanah pada masa kini, ianya mungkin sesuatu yang sukar, bukan disebabkan ketiadaan tanah, namun atas faktor harganya yang semakin tinggi serta dalam memastikan tanah yang akan dibeli dekat dengan kemudahan yang lain.

Namun begitu, dalam membuat keputusan untuk membeli tanah, kita perlulah mempunyai pengetahuan akan status tanah tersebut, lebih-lebih lagi jika tanah yang ingin dibeli adalah tanah lot yang tidak mempunyai geran individu.

Oleh sebab itu, admin ingin kongsikan kepada anda, 10 risiko dalam mebeli tanah lot ini, ianya dapat memberi pendedahan sedikit buat anda, sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Jom kita tengok risiko apa yang mungkin anda perlu tempuh, perkongsian dari peguam hartanah, saudara Salkukhairi Abdul Sukor.


10 RISIKO BELI TANAH LOT BANGUNAN TIADA GERAN INDIVIDU (LOT LIDI / GERAN KONGSI)

1. Tidak Boleh Dipindah Milik Kepada Pembeli

2. Nama Pembeli Tiada Dalam Geran

3. Tidak Tahu Kedudukan Sebenar Tanah

4. Tidak Boleh Bina Rumah Secara Sah Di Atasnya

5. Tidak Boleh Digadaikan Kepada Bank Untuk Mendapatkan Pinjaman

6. Tidak Boleh Diwariskan Kepada Waris Apabila Pembeli Meninggal Dunia

7. Tanah Masih Menjadi Hak Pemilik Asal

8. Tidak Layak Dapat Pampasan Jika Tanah Diambil Oleh Kerajaan

9. Tidak Boleh Dipindahmilik Kepada Waris

10. Terdedah Kepada Unsur-Unsur Penipuan Dan Perbalahan


Oleh itu, belilah tanah lot yang sudah mempunyai geran individu, dan diharap dengan adanya perkongsian ini, anda sudah mampu untuk membuat keputusan dalam mebeli tanah. Pastikan anda mengetahui apa jua kesan yang mungkin anda akan hadapi, sebelum membuat keputusan, Jom kita membeli dengan bijak. – Siakap Keli

BACA: Mahu Elakkan Duit 'Booking' Sesuatu Hartanah 'Hangus' Begitu Sahaja? Ikuti Tips Dari Peguam Ini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli