Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berita Baik Buat Anda Penggemar Kopi, Kini Anda Boleh Gunakan Kopi Sebagai Pembakar Lemak Semula Jadi, Ikuti 10 Cara Ini

No Comment

Bagi seseorang yang gemar akan minuman berkafein, khususnya kopi, sudah pasti mereka akan menjadikan kopi sebagai minuman harian, tidak kiralah sewaktu awal pagi, mahu pun ketika minum petang, dihidang secara panas atau pun sejuk.

Kopi diketahui secara umum, dapat membantu seseorang untuk menjadi lebih bertenaga, dan membuatkan diri lebih segar, tanpa rasa mengantuk. Ianya disebabkan kafein yang terkandung dalam kopi yang menjadikan diri lebih segar kerana adanya rangsangan dari kafein tersebut.

Namun begitu, adakah kopi hanya boleh membantu badan bertenaga dan tidak mengantuk sahaja? Ianya tidak sama sekali, anda boleh sahaja menjadikan kopi sebagai salah satu bahan semula jadi untuk membakar lemak, jom kita lihat perkongsian dari saudari Karolina Wan Hassan mengenai pemilihan dan penggunaan kopi dengan betul.


Kopi Sebagai Pembakar Lemak Semula Jadi

Bagaimana untuk guna kopi sebagai PEMBAKAR LEMAK SEMULAJADI atau NATURAL FAT BURNER. Kopi telah terbukti secara saintifik sebagai pembakar lemak atau fat burner.

1.
Pastikan kopi itu adalah kopi ASLI TANPA PENGAWET baik dari segi penanaman dan pemprosesan buah kopi sebab itu anda perlu tahu kopi anda! And please NO INSTANT COFFEE!

2. Pastikan kopi itu TANPA gula putih, susu yang TIDAK asli atau KRIMER yang mengandungi pelbagai artificial stuffs. Ini bermakna hanya BLACK COFFEE dan jika anda ingin letak gula, pastikan ianya adalah GULA ASLI TANPA PENGAWET.

3.
Pastikan KOPI ASLI anda itu mengandungi CHLOROGENIC ACID yang tinggi kerana CHLOROGENIC ACID inilah yang akan bekerjasama dengan caffeine yang terdapat di dalam kopi untuk suppress your appetite dan tingkatkan aktivity thermogenesis. Chlorogenic acid ini BUKAN acid yang relate dengan acid perut. Chlorogenic acid ini memberikan "body" kepada kopi. Please note that NOT all PURE ARABICA COFFEE is the same. KUALITI chlorogenic acid bergantung kepada KUALITI kopi.


4. Pastikan anda TIDAK minum kopi bersama makanan yang tinggi PROCESSED CARBOHYDRATE dan gula putih kerana ini akan mengganggu proses pembakaran lemak. Ini bermakna NO DOUGHNUTS or CAKES with your coffee ya!

5. Pastikan anda TINGKATKAN AKTIVITI FIZIKAL SELEPAS MINUM KOPI bukan DUDUK BERSANTAI sambil main handphone atau bersembang.


6. Untuk mengambil kopi sebagai PREWORKOUT booster, minum kopi paling kurang 30minit sehingga 1jam sebelum workout atau aktiviti fizikal. Jika anda masih ingin bakar lemak dan lean anda boleh minum kopi SELEPAS workout tetapi jika anda ingin BUILD MUSCLE MASS elak minum kopi SELEPAS workout dan recover dengan good protein instead.

7. Pastikan anda CUKUP TIDUR dan ELAK minum kopi jika anda tidak cukup tidur atau stress kerana kedua faktor ini iaitu TIDAK CUKUP TIDUR dan STRESS akan menyebabkan badan anda lebih tidak keruan akibat dari kesan caffeine yang bertindak sebagai STIMULANT. Ini tidak secara langsung menganggu proses pembakaran lemak.


8. Jika anda seorang peminum kopi TEGAR yang minum kopi setiap hari tetapi mengalami masalah di dalam pembakaran lemak, ELAK dari minum kopi melebihi 3 cawan sehari serta HENTIKAN minum kopi selama 5 - 7 hari supaya badan anda dapat reset. Ini ialah kerana jika badan anda mengandungi caffeine yang tinggi lebih2 lagi anda TIDAK CUKUP TIDUR dan STRESS, anda TIDAK AKAN DAPAT MANFAAT malahan anda akan dapat masalah.

9. Elak dari mengambil caffeine dalam bentuk isolation kerana ini akan menyebabkan toksid di dalam badan. Ambil lah caffeine dalam bentuk yang wholesome seperti kopi kerana kopi ini juga tinggi anti-oksida yang membantu neutralize kesan sampingan caffeine.

10. Sudah tentu pemakanan yang lain WAJIB dijaga begitu juga CARA HIDUP anda. Jangan expect kopi membakar lemak jika anda banyak duduk dan badan dipenuhi pelbagai bahan makanan serta minuman yang diproses.

Begitulah sepintas lalu CARA PENGAMBILAN KOPI SEBAGAI PEMBAKAR LEMAK SEMULAJADI atau NATURAL FAT BURNER. Fat burner hanyalah salah satu dari manfaat kopi, kopi juga mempunyai manfaat yang lain antaranya dapat mengurangkan risiko kencing manis dan masalah hati.

Kesimpulannya: 
Untuk dapat manfaat sepenuhnya dari kopi, Kenali kopi anda kerana teramat banyak kopi yang sudah TIDAK ASLI walaupun iklan terpampang mengatakan ianya 100% Arabica. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli