Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berdepan Kesukaran Untuk Mendapatkan Pelanggan? Cuba Langkah Ini, Tentang Bagaimana Untuk 'Psiko' Pelanggan Tanpa Mereka Sedar

No Comment

Untuk mendapatkan pelanggan pertama kadang kala memberi sedikit cabaran buat usahawan yang baru membina perniagaan. Ini kerana, tidak ramai yang mengetahui akan produk atau servis yang disediakan.

Ianya membuatkan ramai usahawan risau dan khuatir, jika keadaan ini berterusan hingga menyebabkan kerugian.

Namun, usah risau, kerana terdapat cara mudah dalam mengambil hati pelanggan atau prospek untuk menggunakan perkhidmatan anda. Mari kita tengok apa yang dikongsikan oleh saudara Ikram Al-Banjari ini.


Bagaimana Mahu Psiko Pelanggan Tanpa Mereka Sedar?

Menurut pandangan seorang penulis bernama Cialdini, melalui bukunya "Influence : Science & Practice ", terdapat enam peranan asas psikologi dalam aktiviti pemasaran.

Salah satu daripadanya ialah membuat orang suka.

Membuat orang suka - adalah merupakan peranan utama dalam kerja-kerja pemasaran. Kita mesti berjaya membuatkan orang suka terhadap kita. Pemasaran menjadi mudah apabila pelanggan selesa, senang dan suka pada kita.


Pelanggan berurus niaga dengan siapa yang mereka suka. Bila mereka sudah suka, semua urusan jadi mudah dan tidak memerlukan penerangan berjela-jela. Ini akan membantu kita mudah "close deal".

" Ok, saya setuju "

" Baiklah, saya mahu "

" No problem, deal "

Usaha pemasaran kadang-kadang tidak perlu terlalu 'keras' dan 'pulun sangat'. Cukup sekadar menjadi diri sendiri, lemparkan senyuman manis, menjaga penampilan dan berjaya membuatkan pelanggan suka terhadap produk, perkhidmatan dan seluruh imej perniagaan kita.

Saya pernah teringat pengalaman berniaga di sebuah bazar dahulu, seorang suami membeli baju dan tudung dengan banyak sekali dan isteri terpaksa memilih untuk membeli di kedai saya, kenapa ?


Saya menyambut suami dengan senyuman dan memberikan kerusi untuk beliau duduk. Saya juga berikan minuman untuk beliau membasahkan tekak di tengah panas.

" Dari hujung sampai ke sini abang berjalan, kau seorang je bagi abang kerusi untuk duduk bro ", kata pelanggan tadi.

" Sayang, pilih di sini sajalah, dah malas nak berjalan ke kedai lain". pesan beliau kepada isterinya.

Menyantuni si suami tadi adalah kerja kerja pemasaran kami. Itu adalah membuat orang suka. Itu adalah psiko tanpa sedar.


Kerja-kerja layanan dan membuat orang suka tidak boleh dibuat-buat, ia mesti lahir dari hati yang tulus.

Pelanggan tahu, kita terpaksa melayan atau kita memang mahu melayan.

Tak pandai ? Kena belajar dan praktis selalu.

Tiada masalah lagi dalam memastikan anda untuk sentiasa mendapat pelanggan bagi menggunkan perkhidmatan atau servis yang anda sediakan. Moga-moga tip ini dapat memberi peluang baru untuk anda terus maju. Jom kita menjadi insan yang bersopan-santun. -Siakap Keli

BACA: Bagaimana Caranya Untuk Memastikan Perniagaan Makanan Di Jalanan Membangun Dengan Baik, Usahawan Ini Ada Tip Yang Boleh Dipraktikkan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli