Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berdepan Dengan Hutang Mungkin Akan Merungsingkan, 7 Cara Ini Mampu Mengelakkan Diri Dari Terus Berhutang

No Comment

Tidak dapat dinafikan, dalam mebuat perbelanjaan, ada masanya kita tidak boleh lari untuk berhutang. Bukan sengaja, tetapi demi memenuhi keperluan hidup agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih mudah di kemudian hari.

Namun begitu, jika hutang yang terlalu banyak, sudah apsti akan membebankan kehidupan, di mana akan menggangu perkara lain, yang aman mungkin akan perlu mebuat kira-kira, dan mengurangkan perbelanjaan man yang patut.

Jika boleh, kita akan mengelak untuk berhutang dengan sebaik mungkin, namun, jika sudah berhutang, mungkin boleh mencari jalan untuk mengurus perbelanjaan. Admin ingin kongsikan, bagaimana cara untuk mengelak dari berhutang, jom kita lihat perkongsian dari saudara Amir Syahir ini.


7 Cara Mengelak Daripada Berhutang

Berhutang dengan zaman sekarang memang tidak dapat dipisahkan. Ibarat isi dengan kuku. Budak universiti nak sambung belajar sah-sah kena berhutang belajar PTPTN lebih kurang RM28K.

Cuba bayangkan, muda-muda lagi sudah terbeban dengan hutang. Makin bertambah usia, makin bertambah hutang. Jadi, belajarlah bersungguh-sungguh biar dapat biasiswa. Tak payah nak berhutang bagai.

Banyak sebab lagi kita berhutang. Antaranya sebab nak beli barang yang mahal, membeli kereta ataupun perabot rumah.

Ada juga di antara kita berhutang kerana terdesak disebabkan kesempitan kewangan dan berhutang untuk membayar hutang kos pembiayaan kesihatan.

Ada juga berhutang disebabkan nak cepat kaya. Terjebak dalam MLM ataupun main skim pelaburan emas.

Dengan keadaan ekonomi negara yang kian menghimpit ini, kita perlu berusaha untuk meneruskan kehidupan tanpa berhutang. Antara cara yang boleh dilakukan :

1. Rancang Perbelanjaan Harian

Kegagalan menguruskan kewangan antara faktor terbesar korang akan terjebak dalam hutang. Korang fikir korang mampu bayar dan tambah hutang lagi. Padahal korang makin terbeban.

Rancanglah perbelanjaan harian dengan sebaik- baiknya. Bila dapat gaji tu, buat bajet siap-siap Belanja ikut bajet yang ditetapkan. Jadi, takdela korang nak berhutang sana sini sementara nak tunggu gaji bulan berikutnya.


2. Membuat Simpanan 10% Daripada Pendapatan 

Mulakan dengan menabung walaupun sedikit. Menyimpan lah secara genius, konsisten dan berkualiti. Buat simpanan ikut pendapatan dan kemampuan korang. Yang penting, menyimpan.

3. Rancang Masa Depan 

Jika korang rasa terbeban dengan duk bayar PTPTN sekarang, rancanglah pelan masa depan yang mantap untuk anak-anak korang nanti. Zaman tu nanti semua bapaklah mahal. Zaman sekarang pun dah macam ni. Apatah lagi 10, 20 tahun akan datang.

Buat simpanan untuk anak-anak. Buka akaun. Sekurang-kurangnya bila diorang dah besar dapat guna duit tu untuk belajar.


4. Berbelanja Mengikut Kemampuan

Benda ni susah nak baiki. Doktor pakar psikologi bertaraf Olimpik pun kalu duk nasihat kan korang tapi dalam diri korang tak nak berubah tu susah la. Sebelum membeli, pastikan korang mampu membayarnya. Simple.

Tak payahla nak ikut orang. Korang tengok dia beli baju mahal, branded, korang pun nak jugak. Tak nak kalah. Padahal korang tak tau gaji dia berapa. Sebulan mau beribu riban. Korang? Jadi, ukurlah baju di badan sendiri.

5. Tambahkan Pendapatan Sampingan 

Jika pendapatan bulanan tidak mencukupi, buatlah kerja sampingan yang lain. Boleh jadi ejen dropship, jual barang online, tolong member dekat pasar malam misalnya.

Zaman sekarang nie serba serbi duit. Pandai-pandailah korang cari pendapatan sampingan. Janji halal.


6. Utamakan Keperluan & Jauhi Sifat Membazir

Beli barang yang perlu sahaja. Tak perlulah membazir kalau membeli barang dapur tu. Ini tidak. Beli itu ini, makannya tidak, akhirnya buang begitu saja.

Sebelum nak pergi beli barang dapur tu, buat senarai. Baru korang tahu yang mana perlu dan yang mana tidak.

7. Tanamkan Niat Yang Baik

Tanamkan niat untuk mencari rezeki yang halal. Bukan untuk bermegah ataupun nak bermewah. Tuhan pun akan mudahkan dan lapangkan pintu rezeki. Korang akan rasa cukup dengan rezeki yang diberikan. Tak perlu berhutang.

Banyak lagi cara yang korang boleh lakukan untuk mengelakkan hidup dengan berhutang. Nak dengan tak nak je. Apa yang penting kena ada ilmu dan perancangan.

Pepatah ada mengatakan "Hutang akan membunuh ketenangan hidup kalian dan keselesaan jiwa kalian" - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli