Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagaimana Untuk Menulis Di Media Sosial Supaya Tidak Terlalu Membosankan? Wartawan Ini Kongsikan 'Golden Rule' Dalam Penulisan

No Comment

Ingin menyampaikan sesuatu perkara ada ketikanya mudah, juga ada masanya agak sukar, ianya bergantung pada situasi cerita itu juga. Jika cerita yang ingin dikongsikan mempunyai banyak isi penting atau perkara yang tidak boleh dibuang, ianya akan menyebabkan penulisan akan menjadi panjang.

Disebabkan itu jugalah, kebanyakan orang tidak mahu untuk meneruskan pembacaan, walaupun cerita yang ingin disampaikan cukup menarik, dan berbaloi untuk dibaca. Namun, tidak boleh disalahkan pada penulisan yang panjang sahaja, perlu dilihat juga kepada teknik penulisan itu juga.

Jika menulis di media sosial khususnya, yang majoritinya dibaca menerusi telefon pintar, sudah pasti pembaca tidak gemar untuk melihat ayat yang sangat panjang, tanpa mempunyai hentian, atau perenggan bagi berhenti seketika untuk pembacaan.

Tetapi, bagaimana pula caranya untuk menggunakan perenggan? Admin ingin kongsikan kepada anda, tip yang boleh digunakan supaya penulisan anda tidak terlalu panjang tanpa prerenggan. Jom kita lihat perkongsian dari saudara Ali Imran ini.


Pernah tak kau rasa letih ya amat bila baca post yang jenis panjang-panjang di skrin telefon?
Lebih teruk, sedang kau baca, anak datang usik dan lepas tu kau dah tak boleh cari kat perenggan dan baris kau berhenti tadi.

Ini semua bermula dengan satu masalah sahaja iaitu - TIDAK PANDAI BUAT PERENGGAN.

Memanglah masa di sekolah kita diajar untuk habiskan satu-satu point dalam perenggan yang sama.

Malangnya kau bukan lagi di sekolah. Pembaca kau tidak lagi membaca melalui nukilan di atas kertas, orang tengok skrin sahaja sekarang.

Tak mahukah kau bantu pembaca kau sendiri untuk lebih enjoy bila baca post kau?
Bila dia suka, dia akan Like. Lagi dia suka, dia akan komen, kalau dia suka tahap dewa, dia akan SHARE.

Ya. SHARE. Itulah yang kau akan buat lepas baca post aku ini. Mohon SHARE sebab ia amat penting.


Di Bernama, klien kami adalah pembaca yang membaca dari skrin.

Kami juga ada klien daripada industri TV dan Radio.

Maka kami perlu guna satu cara penulisan yang berkonsep 'sekali tulis, semua gembira'.
Setakat ini klien kami di dalam dan luar negara amat gembira dengan teknik ini.

Tak mahu bebel panjang, aku ajar kau golden rule yang para wartawan di Bernama guna dalam membuat perenggan.


'HUKUM 25/PER HELA'

Hukum asas yang kami pakai adalah, range jumlah perkataan dalam sesebuah perenggan adalah 25 PATAH KATA.

Boleh terlebih sedikit, terkurang satu dua pun tak apa.

Kadang-kadang walaupun dah cukup 25 patah kata, kau masih rasa nak kena panjangkan sedikit perenggan sebab ada info perlu dimasukkan.

Di sinilah kau guna PER HELA yang bermaksud, cuba baca perenggan itu dengan mengeluarkan SUARA.

Tak payahlah sampai satu kandang dengar. Cukup setakat kau sendiri dengar.

Baca bukan sebarang baca, baca dengan gaya pembaca berita di TV atau radio.
Intonasi memainkan peranan penting.

Kalaupun perenggan kau panjang tapi boleh dibaca dengan satu hela nafas sambil berintonasi DENGAN SELESA, then you are good to go.

Dengan menggunakan teknik hela juga, kau boleh perasan kalau perenggan itu pendek sangat.


Ingat semalam aku kongsi pasal tanda koma? Makhluk itu amat memainkan peranan dalam penulisan kami.

Tanda koma yang betul bakal membantu klien kami dari stesen-stesen TV dan radio memahami lenggok kata dalam berita.

Ia memudahkan mereka untuk buat skrip berita.

Jadi untuk kau yang menulis baik di media sosial mahupun grup whatsapp keluarga, mulai hari ini, guna hukum ini.

Orang tak semak otak baca perenggan terlalu panjang.

Orang pun lagi senang nak faham apa yang kau nak sampaikan.

Seperti kau yang sedang baca post ini, walaupun panjang, kau gembira, kan?

Apa lagi, Like dan SHARE lah cepat. Kih...kih...kih!

Ali Imran, Wartawan Awam yang sayang pembaca - Siakap Keli

BACA: Ingin Menggunakan Media Sosial, Khususnya Facebook Sebagai Perantara Anda Berkomunikasi Dengan Umum, 6 Langkah Mudah Ini Mampu Membantu Anda
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli