Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagaimana Ingin Dapatkan Tidur Yang Lena ('Deep Sleep'), Sekurang-Kurangnya 2 Jam Sehari, Lelaki Ini Ada Perkongsiannya

No Comment

Waktu tidur adalah masa yang dinanti-nantikan, ianya seperti satu tanda di mana kita telah berjaya mengharungi hari yang panjang, dan sudah tiba masanya untuk berehat.

Ianya akan lebih bermakna jika tidur dengan lena tanpa sebarang gangguan, seperti bunyi kenderaan, nyamuk atau bunyi dari tapak pembinaan.

Disebabkan itu, kita sukar untuk mendapat tidur yang lena dalam jangka masa yang panjang. Admin ingin kongsikan, bagaimana untuk mendapatkan tidur yang lena sekurang-kurangnya selama 2 jam, jom kita lihat perkongsian dari saudara Hafiz Muhammad ini.


Pagi ini terbaca di newsfeed posting tuan Erman Abdurrahman berkenaan deep sleep.

Menurut ilmu perkongsian DrRizal Abu Bakar, tidur dengan mendapat deep sleep selama 2 jam 30 minit adalah tidur yang terbaik.

Saya pernah alaminya pada Jun lepas bila mendapat kualiti tidur ber"deep sleep" lebih 2 jam. Hasilnya jelas menakjubkan dengan beberapa minggu saya mendapat deep sleep sedemikian.

Badan jadi lebih ringan dan bertenaga. Fikiran dan daya tumpuan menjadi lebih tajam. Emosi menjadi lebih baik dan hidup hari- hari penuh semangat.


Itu adalah hasil selepas menghadiri seminar OTAK pada 1 Mei 2016. Seminar yang mengajar kepentingan menjaga Otak, Tidur, Aktiviti dan Kudapan.

Apa langkah yang dilakukan? 

1. Ketepikan gula terutamanya minuman bergula. 

2. Kurangkan makan nasi. Saya tukar kepada spagetti. Makan nasi hanya dari beras basmathi. 

3. Pagi minum air campuran Madu Asli Pokok Tualang, Apple Cider dan Jus Delima. 

4. Tengahari makan banyak sayur, ikan atau ayam dan minuman tanpa gula. 

5. Malam selalunya makan sebelum jam 8 malam.

6. Perut sentiasa ada sedikit rasa lapar. Saya isi dengan makan kurma, almond, kismis atau walnut. 

7. Tidur dalam Jam 10 hingga 11 malam. Bangun Jam 5 pagi.


Cumanya saya mengalami sedikit masalah pengurusan masa setelah kelahiran anak ke-2 penghujung Jun dan ini cabaran kepada saya untuk menstrukturkan kembali masa supaya kembali kepada momentum asal.

Apa yang saya pernah alami ini memberi pengertian yang penting bahawa bila kita menjaga Otak, Tidur, Aktiviti dan Kudapan, hidup kita akan berubah menjadi lebih baik.

Sekarang ini saya perlu memperbaiki pengurusan masa supaya dapat kembali momentum pada Jun lalu.

Moga-moga dengan cara ini anda boleh mendapatkan bukan sahaja tidur yang panjang, tetapi tidur yang lena juga. Mari kita betulkan waktu tidur untuk lebih baik. - Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli