Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aplikasi Telefon Pintar Dan Laman Web Yang Perlu Ada Ketika Berada Di Jepun Sebagai Rujukan

No Comment

Sewaktu merancang perjalanan, khususnya jika ingin melancong ke luar negara, anda sudah semestinya membuat banyak carian, sama ada menggunakan internet mahu pun melalui kenalan yang telah pernah pergi ke destinasi yang anda ingin tujui.

Ini adalah salah satu langkah yang anda lakukan, dalam memastikan perjalanan anda lancar dan lebih selamat. Namun begitu, ada juga masanya di mana cuaca atau bencana alam yang boleh berlaku secara tiba-tiba, tanpa anda duga.

Kemungkinan ianya berlaku sewaktu anda berada di satu-satu tempat atau negara, sudah pasti amat merisaukan, lebih-lebih lagi bencana alam yang tidak pernah dihadapi di Malaysia, seperti ancama gempa bumi, atau ribut salji. Bagi memberi anda maklumat yang lebih, dan panduan awal, saudara Mohd Fairuz Azmi kongsikan aplikasi atau laman web yang anda boleh rujuk, untuk mengetahui keadaan semasa di sesuatu tempat, khususnya apabila berada di Jepun.


Sekarang di Tokyo salji turun dengan selebat-lebatnya selepas 54 tahun fenomena yang serupa berlaku. 2 hari lepas pula, 1 Jepun merasai gempa bumi dengan kekuatan 7.4 magnitud. Antara gempa bumi terkuat selepas peristiwa 'Great Eastern Japan Earthquake' pada tahun 2011. Malah, gempa bumi masih berlaku secara berterusan sehingga pagi tadi.

Perkongsian ini pula sekadar tips dan panduan ringkas bagi sesiapa sahaja yang merancang ke Jepun atas pelbagai tujuan dan sebab.

Perkongsian mudah ini lebih kepada penggunaan aplikasi yang boleh di muat turun secara percuma dan website yang boleh dilayari ketika berada di Jepun. Panduan aplikasi dan lain-lain seperti berikut:


1. Aplikasi 'AccuWeather'

Aplikasi yang memberi ramalan cuaca di seluruh dunia. Bagi mereka yang akan tiba di Jepun, boleh 'install' dan 'add' lokasi pilihan/yang ingin dilawati/dikunjungi untuk melihat 'forecast' cuaca.

'Forecast' cuaca yang agak tepat dan boleh dijadikan panduan.

Aplikasi yang amat berguna terutama bila berada di musim luruh dan musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi. Bagi mereka yang ke sini dengan anak-anak kecil, persediaan pakaian yang sesuai dengan musim di sini dapat mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini.

Contohnya: di Sendai, suhu sekarang 2℃. Suhu yang terlalu sejuk. Persediaan menghadapi suhu rendah sebegini dengan pakaian yang sesuai amatlah perlu.


2. Aplikasi 'Yurekuru'

Aplikasi wajib di 'install' bagi sesiapa sahaja ke Jepun. Bukan apa, berada di negara yang bencana alam kerap berlaku, sekurang-kurangnya aplikasi ini dapat membantu memberi notifikasi awal, semasa dan selepas berlaku sesuatu bencana

2 hari lepas semasa gempa bumi dengan kekuatan 7.4 magnitud, aplikasi ini beberapa saat lebih awal telah keluarkan 'alarm' kecemasan supaya berhati-hati mengenai gempa ini. Kemudian disusuli dengan gempa kuat yang berlaku hampir 30 saat.

Selain itu, arahan daripada Japan Meteorological Agency juga akan disampaikan melalui 'Yurekuru' seperti arahan mengosongkan rumah di kawasan pesisir pantai ketika amaran tsunami dikeluarkan.


3. Aplikasi 'NHK Mews'

NHK adalah 'media broadcasting' terbesar di Jepun. Mereka telah sediakan platform media dalam bahasa inggeris melalui 'downloadable' apps yang boleh dilayari oleh sesiapa sahaja.

Selain dapat mengetahui maklumat mengenai Jepun dalam bahasa inggeris, apps. ini juga ketika berlaku bencana akan memaparkan berita semasa dan arahan-arahan yang mudah difahami. Arahan keselamatan juga akan dipaparkan melalui NHK News.


4. Aplikasi 'Google Maps'

Aplikasi yang sangat membantu untuk elakkan dari tersesat. Aplikasi yang boleh digunakan secara online (ada wifi/sambungan internet) atau secara offline (perlu di download terlebih dahulu berdasarkan lokasi yang ingin pergi/dilawati).


5. Website Kedutaan Malaysia di Jepun

Sila pastikan sekurang-kurangnya nombor telefon dan alamat Kedutaan Malaysia di Jepun disimpan dengan baik ketika berada di sini. Bukan apa, kadang-kadang boleh berlaku sebarang perkara tidak diingini yang melibatkan keselamatan diri. Boleh merujuk kepada mereka untuk bantuan.

Diingatkan yang kedutaan juga mempunyai pelbagai tugasan rasmi yang padat, mereka bukanlah 'information centre' ketika sesat jalan.


6. FB Page - Road to Japan

Inisiatif yang baik oleh mereka yang pernah berada di Jepun seperti bekerja, belajar, melancong atau merancang ke Jepun yang telah wujudkan page ini. Pelbagai panduan dan rujukan boleh didapati di Page 'Road to Japan' ini.

Bagi mereka yang ingin ke Jepun, dicadangkan untuk join page 'Road to Japan' untuk ikuti perkembangan mereka yang pernah berada di Jepun. Pelbagai tips dan panduan juga boleh didapati di sini.

Sekurang-kurangnya, jika berlaku sesuatu semasa berada di Jepun, boleh rujuk atau bertanya di FB page 'Road to Japan' sebagai panduan dan respon segera. 

Semoga bermanfaat. Sayonara.

Fairuz
Sendai, Jepun, Pengalaman Hidup di Jepun
24 November 2016
Salji di Musim Luruh

Moga-moga dengan adanya aplikasi atau laman web yang dikongsikan, anda boleh merancang perjalanan dengan baik, dan lebih berjaga-jaga jika sesuatu bencana berlaku. Seperti aplikasi AcuWeather, atau Google Maps yang boleh digunakan di setiap tempat, bukan sahaja di Jepun. Anda boleh sahaja mencari aplikasi lain menggunakan telefon pintar anda kelak. - Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli