Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anugerah Puskás FIFA 2016: Gol Faiz Subri Paling Banyak Ditonton Setakat ini, Orang Luar Pun Undi



Kuala Lumpur, 23 November - Gol Faiz Subri menjadi rakaman gol yang paling banyak ditonton di laman Youtube FIFA untuk anugerah Puskas 2016 setakat ini.

Video tersebut ditonton lebih 837,000 kali setakat ia dimuat naik pada hari yang sama dengan video-video lain, malah ia itu juga menjadi video nombor dua trending di Youtube Malaysia.

Urutan jumlah tontonan itu diikuti oleh gol dari Marlone dari Brazil dengan tontonan lebih 723,000, gol dari Messi dengan jumlah tontonan 671,000.


Di bahagian komen pula, boleh dilihat orang ramai memuji gol Faiz Subri sehingga ada yang menyamakan gol itu dengan Roberto Carlos pada tahun 1998.

"GOL Faiz Subri terbaik. Hello dari Costa Rica," kata Francisco.

"Roberto Carlos buat gol gila pertama pada 1998. Ini gol kedua gila. Tunggu 18 tahun baru dapat lihat ini (gol Faiz)," tulis Bobo.

Pengguna Youtube yang menggunakan nama South Korea pula berkata dia mengundi gol Faiz Subri.

"Gol yang ajaib, saya undi gol ini (gol Faiz Subri)", katanya.

Pengguna Youtube dari Indonesia, Handry Mar pula berkata gol Faiz Subri itu memang layak untuk mendapat anugerah Puskas.

"Saya orang Indonesia, biarpun negara kami selalu bergaduh dengan Malaysia, tapi gol Faiz Subri ini memang layak untuk dapatkan anugerah (Puskas) ini. Sepakan percuma yang menakjubkan", katanya.



Selain itu, komen-komen dari rakyat Malaysia yang bangga dengan kejayaan Faiz Subri itu turut memenuhi komen video tersebut.

Setakat ini, video gol itu menerima lebih dari 1,200 komen dari pengguna serata dunia.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli